Bersempena kehadiran Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang tiba, My Salam Muslim muncul dengan video istimewa berjudul PanggilanMu.

My Salam Muslim menjalin kerjasama dengan barisan artis popular seperti Hady Mirza, Naqiu, Lah Ahmad, Mawi, Anas Tahir bersama PU Azhar dan mereka bergabung suara mendendangkan talbiah yang diberi nafas baru sempena musim Haji ini.

2 HARI LAGI! Boleh agak tak suara siapa yang sedang menyanyi tu? . Saksikan muzik video PanggilanMU, Jumaat ini 8.55pm di YouTube @mysalammuslim . @zayan.my @naurashares @lah_ahmad @cahayaasmawi @hadymirzaofficial @thisisnaqiu @aanastahirr @azharhilm1_ #SalamHaji #PanggilanMu #SalamMuslim #MySalamMuslim

A post shared by Salam Muslim (@mysalammuslim) on


Talbiah merupakan satu ucapan yang menandakan kehadiran para Jemaah Haji yang dilafazkan oleh setiap jemaah haji.

Jangan lupa saksikan tayangan perdana video istimewa PanggilanMu pada di kesemua platform My Salam Muslim dan saluran-saluran Melayu Astro serta radio ZAYAN esok (Jumaat), 24 Julai 2020 pada jam 8.55 malam!