Pelakon terkenal Sharifah Amani mengucapkan syukur dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Yang Berhormat Dato' Saifuddin Abdullah hari ini.

Kenyataan media yang menyatakan kerajaan Malaysia mendokong kebebasan media dan media sosial; Akta Finas akan dipinda itu ternyata melegakan banyak pihak.

"Syukur Alhamdulillah. Siapa cakap bising bising kat social media tak jadi apa? Terima kasih semua kerana peduli. Lama kita tunggu untuk akta-akta yang lama diubahsuai dan diperbaiki malah ada akta yang harus diwujudkan. For a better future for us all InsyaAllah," tulis Sharifah Amani.

Syukur Alhamdulillah. Siapa cakap bising bising kat social media tak jadi apa? Terima kasih semua kerana peduli. Lama kita tunggu untuk akta akta yang lama diubahsuai dan diperbaiki malah ada akta yang harus diwujudkan. For a better future for us all InsyaAllah. ?❤️?

A post shared by Sharifah Amani (@sharifah_amani) on


Ketika dihubungi Gempak, Sharifah Amani berkata ianya merupakan permulaan yang baik untuk semua apabila Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) akan meminda akta-akta di bawah pengawasan kementerian agar bersesuaian dengan situasi semasa.

"Nani bersyukur apabila mereka akan mengubahsuai dan membaikpulih akta-akta daripada tahun 80-an seiring dengan perubahan masa.

"Bila mereka meminda semula akta-akta tersebut, secara tidak langsung mereka juga akan melihat akta-akta lain yang sudah tidak boleh digunapakai lagi," kata Sharifah Amani yang mebahasakan dirinya Nani.

Menurut Nani, besar harapannya sebagai seorang pemain industri seni untuk melihat perubahan ini demi menjamin mereka yang baru masuk ke dalam industri di masa hadapan.



"Insya-Allah, selepas akta-akta yang tidak lagi relevan ini diubah, mereka akan dapat memantau dan melaksanakannya dengan baik.

"Kita ubah apa yang tidak perlu dan kita tambah dengan apa yang menjadi keperluan untuk masa kini dan masa hadapan," kata Sharifah Amani lagi.

Sharifah Amani adalah antara pelakon tanah air yang sering memperjuangkan hak-hak penggiat seni, bukan sahaja untuk pelakon tetapi juga mereka yang bekerja di sebalik tabir.