Nama pelakon baru, Alya Iman menjadi sebutan warganet semenjak semalam.
Anak kepada pelakon legenda Allahyarham Azmil Mustapha itu didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang ahli perniagaan yang berstatus suami orang.
Dakwaan terbabit dilakukan oleh isteri ahli perniagaan itu sendiri.
BACA: Isteri Ahli Perniagaan Dakwa Suami Jalin Hubungan Sulit Dengan Pelakon Alya Iman?
Tidak berdiam diri, Alya mengeluarkan satu kenyataan kepada pihak media.
Berikut merupakan kenyataan yang diberikan oleh Alya kepada Gempak menerusi kiriman mesej di aplikasi WhatsApp:
"Pada 8.00 malam, 27 Februari 2020, Alya telah bertunang dengan seorang individu yang berusia 30 tahun yang telah berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata.
"Majlis tertutup tersebut telah dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat Alya. Alya difahamkan bahawa isteri individu tersebut bersetuju dengan kehadiran Alya sebagai isteri kedua.
"Walaubagaimanapun, pada Mac 2020, Alya telah memutuskan pertunangan tersebut apabila mengetahui bahawasanya kewujudan Alya tidak diketahui dan dipersetujui isteri individu tersebut.
"Segala hadiah telah Alya pulangkan kepada individu tersebut kerana Alya merasa bersalah.
"Alya pasrah dengan apa yang berlaku pada saat ini dan percaya Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa.
"Alya mohon doa, sokongan dan dokongan semua pihak agar perkara ini dapat Alya tempuhi dengan baik.
"Sesungguhnya Alya percaya apa yang berlaku telah mematangkan Alya. Alya mohon maaf kepada semua pihak yang terluka.
"Pada waktu ini, Alya telah meneruskan kehidupan dan ingin fokus kepada kerjaya dan usaha Alya untuk menjadi insan yang lebih baik," tulisnya dalam kenyataan terbabit.
Baru sahaja berusia 19 tahun, Alya turut dikenali sebagai model pakaian muslimah dan hijab.
Antara drama lakonan Alya ialah Senafas Rindu, Bukan Kahwin Paksa dan Lelaki Kelas Sebelah.
Sebelum ini, Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil menepis dakwaan yang mengatakan dirinya sedang menjalin hubungan dengan pelawak Zizan Razak.
Kamaruddin Razal
Sat Jul 25 2020
Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?
‘Berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.
Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - "Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?
Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam. Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang. Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individ
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.
Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”
Semoga roh mangsa terlibat ditempatkan bersama orang beriman.
Nahas Helikopter TLDM: Tiada Terselamat, 10 Dilaporkan Terkorban
Seramai 10 orang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.
Nyanyian Alif Satar & The Locos Raih Pujian Netizen, Siap Diberi Jolokan Bruno Mars Versi Malaysia!
Sepotong video nyanyian kumpulan Alif Satar & The Locos (ASTL) berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.