Selepas tular kisah pendedahan seorang isteri yang membuka cerita hubungan sulit suaminya bersama pelakon Alya Iman, kini akaun Instagram suaminya itu menjadi tumpuan warganet.

Ada yang memberikan kata positif, ada juga yang menempelak tindakannya yang menduakan isterinya.

Begitupun, individu berkenaan yang dikenali sebagai Mahathir Mohd mengingatkan golongan netizen agar tidak meninggalkan komen-komen berunsur negatif di laman sosial miliknya itu.

Bahkan, Mahathir turut meminta agar orang ramai menghormati entri yang mempunyai foto anaknya-anaknya.

"Wahai semua, sila hormat gambar anak saya dan jika perlu tak payah nak komen yang tak patut.

"Kita semua manusia. Saya tak kenal anda semua, jadi kalau nak komen yang baik-baik sahaja sila nyatakan di bawah.

"Terima kasih wahai semua rakyat Malaysia yang prihatin," tulisnya menerusi satu entri di Instagram.



Sementara itu, di ruangan komen, ada pengguna menyifatkan respons yang ditinggalkan netizen di akaun @mm_ash_ itu cukup berbeza dengan apa yang ada di akaun Alya Iman.

"Boleh nampak berbeza komen kat sini dengan komen kat Alya," tulis seorang pengguna.

"Di Instagram Alya banyak yang hentam dia. Tapi kat sini, semua mendoakan dan bagi semangat. Semoga dipermudahkan segala urusan," tulis netizen lain.

"Tak logik juga nak kecam kat orang yang sudah berabis Rolex, LV, beg Dior. Total semua tu mahu RM500,000. Yang patut dikecam Alya yang dah habis RM500,000 tak nak pulak," komen seorang pengguna.



Terdahulu, seorang wanita tampil mendakwa suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan Alya yang juga anak aktor legenda, Allahyarham Azmil Mustapha.

BACA: Isteri Ahli Perniagaan Dakwa Suami Jalin Hubungan Sulit Dengan Pelakon Alya Iman?

Bagaimanapun, Alya kemudian tampil menjelaskan bahawa dia sebenarnya sudah bertunang dengan lelaki tersebut sebelum membuat keputusan memutuskan ikatan selepas mengetahui hubungan itu tidak diketahui isteri lelaki berkenaan.

BACA: "Saya Telah Bertunang Dengan..." - Dituduh Jadi Perosak Rumah Tangga, Ini Penjelasan Alya Iman

Begitupun, isteri Mahathir, Penny Salman mendakwa Alya sebenarnya menjalin hubungan dengan lelaki lain selepas dilamar suaminya.

BACA: "Pergi Kelab Malam Siap Buka Tudung" - Makin Panas! Ini Dakwaan Isteri Bekas Teman Lelaki Alya Iman