Pelakon Wawa Zainal menggalakkan agar suaminya, aktor Aeril Zafrel membina sebuah masjid.

Masjid terbabit akan didirikan di kampung halaman Aeril yang terletak di Rengit, Batu Pahat, Johor.

"Kami telah membeli sebuah lot tanah dan Aeril berhasrat mahu membina sebuah rumah banglo.

"Namun begitu, saya memikirkan yang ada baiknya jika kami membina masjid. Idea ini datang selepas saya mendengar ceramah seorang ustaz.

"Saya memberi galakkan kepada Aeril membina masjid untuk saham akhirat kami. Akhirnya, keputusan telah dibuat dan kami membina masjid di sana.

"Aeril pun telah berbincang dengan ketua kampungnya dan telah bersetuju untuk menghulurkan dana bagi pembinaan masjid itu. Kami memohon doa agar segalanya dipermudahkan," kata Wawa.



Dianggarkan bernilai RM1.2 juta dan bakal memuatkan seramai 700 orang jemaah, wang terbabit akan dikumpulkan menerusi keuntungan jualan koleksi terbaru Wawa Cosmetics, Bukhari dan Muslim.

"Segala keuntungan dua koleksi kosmetik ini akan digunakan untuk pembinaan masjid terbabit.

PERTAMA DI MALAYSIA!!!! Yes ! Box replica masjid pertama di malaysia??? hadiahkan pada yg tersayang confirm cair beb! Save the date tau! 2 hari je lagi? #wawaglamraya

A post shared by WAWA®️ (@wawacosmeticshq) on



"Harga untuk satu kotak berharga RM79 dan dua kotak hanya RM150 sahaja. Koleksi ini akan dikeluarkan sebanyak 80,000 set sahaja.

"Untuk keluaran kali ini, memang kami tidak akan mengambil keuntungan langsung terhadap dua koleksi terbabit.



"Team Wawa Cosmetics dan pembeli yang bakal membeli menjadi penyumbang untuk masjid ini," kata Aeril pula.

Koleksi Wawa Cosmetics edisi Bukhari dan Muslim ini akan dua pengilat bibir, set solekan serta wangian dan mula dijual hari ini.