Bekas teman lelaki pelakon Alya Iman yang dikenali sebagai Mahathir Mohd akui telah menyesali kesilapan yang telah dilakukan.

Menerusi Instagram Live, Mahathir memohon maaf terhadap isteri, Penny Salman, keluarga dan juga anak-anak.

"Saya amat menyesal atas apa yang terjadi. Kita semua manusia yang tidak lari dari buat kesilapan jadi saya memohon maaf kepada isteri saya, keluarga dan juga anak-anak.

"Terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan rumah tangga saya. Terima kasih juga yang mendoakan baik-baik kepada saya.

"Bukan semua komen diterima itu negatif, banyak juga yang positif. Syukur alhamdulillah. Saya sekali lagi berterima kasih kepada yang prihatin dengan saya," katanya.

Sementara itu, Mahathir turut berpesan kepada netizen yang meninggalkan komen melampau supaya tidak melebihi batas.

Kata ayah kepada dua orang anak ini, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Satu nasihat saya kepada netizen-netizen yang meninggalkan komen terlalu keras, saya mendoakan kesejahteraan anda semua.

"Tetapi jika anda melampaui batas, saya tidak teragak-agak untuk membuat sesuatu.

"Sekarang, saya dan juga pihak guaman sedang review komen yang sangat keras di ruangan Instagram (IG) saya dan isteri.

"Kepada sesiapa sahaja yang direct message (DM) isteri saya, fitnah dan cerita yang telah dilemparkan itu telah mengeruhkan keadaan.

"Tahniah kerana telah berjaya melemparkan fitnah sebegitu rupa kepada saya dan keluarga," katanya lagi.



Terdahulu, Alya mendakwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.

BACA: "Pergi Kelab Malam Siap Buka Tudung" - Makin Panas! Ini Dakwaan Isteri Bekas Teman Lelaki Alya Iman

BACA: "Saya Telah Bertunang Dengan..." - Dituduh Jadi Perosak Rumah Tangga, Ini Penjelasan Alya Iman

Alya mengeluarkan kenyataan itu selepas isteri individu tersebut membongkar hubungan sulit suaminya dengan Alya.

BACA: Isteri Ahli Perniagaan Dakwa Suami Jalin Hubungan Sulit Dengan Pelakon Alya Iman?

BACA: "Sila Hormat Gambar Anak Saya" - IG Bekas Kekasih Alya Iman Diserbu 'Tentera Bawang'

BACA: “Saya Tak Salahkan Dia Sahaja...”- Isteri Bekas Teman Lelaki Alya Iman

Walaubagaimanapun, seorang individu yang mengakui sebagai kakak Alya memaklumkan bahawa segala kenyataan yang dikeluarkan Alya mengenai berita pertunangannya tidak benar.

BACA: "Dia Menipu!" - Alya Iman Didakwa Tak Pernah Bertunang, Individu Mengaku Ahli Keluarga Buka Mulut...

Satu persatu gaya hidup mewah Alya yang baru berusia 19 tahun itu turut menjadi pertikaian warganet.

BACA: "Saya Dah Habis RM2.3 Juta" - Individu Mengaku Bekas Teman Lelaki Alya Iman Bersuara