Pelakon dan pengacara, Lisa Surihani dedah cabaran menjayakan penggambaran drama bersiri Pelindung Seorang Puteri ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menurut Lisa dia menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kembali watak dan karakternya sebagai Rose ketika kembali ke set penggambaran itu selepas dua bulan dihentikan kerana PKP.
“Sebenarnya kami sudah mulakan penggambaran sebelum PKP lagi dan selesai sahaja 51 persen penggambaran tiba-tiba PKP dan kami terpaksa berhenti dari meneruskannya.
“Bayangkan selepas dua bulan kami berhenti dari meneruskan penggambaran itu dan tidak berjumpa dengan pelakon dan kru semua tiba-tiba terpaksa masuk set untuk selesaikan baki penggambaran.
“Masa itu agak susah juga untuk saya dan semua pelakon dan tune in kembali watak masing-masing dan kami cuba sedaya upaya untuk mendapatkan rentak yang sama sewaktu penggambaran dua bulan lalu,” katanya.
Lisa dihubungi Astro Gempak mengenai drama arahan Yusry Abdul Halim yang menghiasi slot Megadrama serta ditayangkan secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Kata Lisa, oleh kerana dia terlalu memikirkan tentang lakonannya, watak dan karakter Rose itu terbawa-bawa dalam tidurnya.
“Hari pertama masuk sahaja saya cuba dapatkan kembali karakter Rose dan berbincang dengan pengarah dan pelakon lain tanpa henti.
“Sampaikan ketika saya pulang dari set dan terlelap di dalam kereta, Yusry dengar saya mengigau dan berkata ‘I tak jumpa Rose lagi’.
“Yusry kejutkan saya dan beritahu jangan terlalu bimbang kerana dia kata saya sudah berikan terbaik pada hari itu,” ceritanya lagi.
Drama bersiri Pelindung Seorang Puteri merupakan sebuah lagi naskah adaptasi novel yang mengangkat genre romantik thriller terbitan pihak Astro Ria dengan kerjasama syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.
Drama 16 episod itu turut menampilkan pelakon seperti Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad, PU Riz , Zain Ruffedge, Jasmine Suraya dan ramai lagi.
Drama Pelindung Seorang Puteri mengisahkan Rose lakonan Lisa Surihani yang membawa diri jauh daripada keluarga setelah difitnah kerana sering diekori oleh pengendap misteri walaupun dia sendiri sebenarnya tidak pasti akan identiti pengendap misteri tersebut.
Adakah Firdaus (lakonan Zain Hamid), bekas kekasihnya yang masih menggilainya, Saiful (lakonan Farid Kamil), rakan sepermainan yang menyukainya sejak kecil atau Hazril (lakonan Sharnaaz Ahmad), kawan baik abang kandung Rose yang dalam diam meminatinya dari jauh.
Siapakah yang akan menjadi pelindung Rose daripada terus diganggu oleh pengendap misteri tersebut?
Saksikan Pelindung Seorang Puteri pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 28 Julai 2020 menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Istimewa buat para pelanggan Pakej NJOI, episod pertama drama bersiri ‘Pelindung Seorang Puteri’ akan turut disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, drama bersiri ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.
Syafiqah Jalal
Tue Jul 28 2020
Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”
“Mencegah lebih baik daripada merawat,” itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam usaha mengelakkan sesuatu perkara buruk daripada menjadi lebih teruk. Akan tetapi, pencegahan selalunya dipandang remeh oleh ramai pihak sehingga kadang kala melibatkan nyawa yang boleh diselamatkan. Itulah keadaan yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang difaham
Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur
Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.
Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?
‘Berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.
Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - "Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?
Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam. Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang. Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individ
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.