Penyanyi dan bintang Dansa Dan Sing, Shiha Zikir telah memadam semua foto di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Namun pada masa yang sama, Shiha hanya memaparkan beberapa foto dan video 'teaser' lagu terbarunya bersama Noki K-Clique yang berjudul AEWO.

Menerusi pemerhatian Gempak di ruangan komen, terdapat beberapa pengikut Shiha yang mempersoalkan tentang imej yang dibawa dalam video muzik tersebut kerana dikatakan menyerupai unsur bertentangan ajaran Islam atau Illuminati.

Dalam pada itu, ada juga peminat Shiha yang meninggalkan komen positif dan menganggap imejnya dalam video muzik itu hanya sekadar satu konsep seni.

Untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara itu, Gempak telah menghubungi Shiha untuk mendapatkan sedikit keterangan.

"Saya okay sahaja, biarkan saya begini," kata Shiha yang enggan mengulas lanjut.









Menurut pihak pengurusan Shiha, video muzik rasmi AEWO akan dilancarkan di YouTube pada 5 Ogos 2020.

Sama-sama kita nantikan!