Trailer dan poster drama rantaian terbaharu Jalan Sesat Ke Syurga menjadi bualan netizen di media sosial.

Mana tidaknya, poster yang memaparkan aksi seorang wanita menjadi imam dan diikuti dengan jemaah makmum yang terdiri daripada lelaki dan wanita yang tidak bertudung mencuri tumpuan ramai.

Kebanyakannya berbicara mengenai drama terbabit dan teruja menantikan tayang pertama pada petang ini.

"Nampak dekat FB, macam drama ajaran sesat. Perempuan jadi imam, ada makmum yang tak pakai tudung dan sebaris dengan lelaki.

"Tiada lagi drama Melayu klise," tulis @madbexer.

"Scary pula tengok trailer drama Jalan Sesat Ke Syurga ni. Tapi aku tetap akan tengok disebabkan lain daripada drama biasa. Nampak padu," tambah @PaanYNWA.

Jalan Sesat Ke Syurga dibarisi oleh Datuk Aaron Aziz, Siti Elizad, Aleeza Shadan, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi akan mula ditayangkan di saluran Astro Prima pukul 6 petang bermula 3 Ogos.