Penyanyi Ameer Sofazr berkongsi berita gembira apabila memaklumkan bahawa isterinya kini disahkan mengandung anak sulung mereka.

Menurut Ameer atau nama sebenarnya, Amir Mahiyiddin, 37, ia merupakan satu perkhabaran yang cukup bermakna buatnya yang bakal bergelar bapa selepas lima tahun mereka mendirikan rumah tangga.

"Alhamdulillah syukur. Rezeki, nikmat dan hikmah yang diberikan oleh-Nya sangat besar dan bermakna. Penantian selama lima tahun akhirnya dikurniakan rezeki yang sangat bermakna.

"Terima kasih kepada semua keluarga, sahabat @sofazrband dan @ameer_rangers yang mendoakan untuk kami selama ni," tulisnya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam entri tersebut, bekas bintang Gegar Vaganza musim keenam itu juga turut berkongsi gambar terkini isterinya yang sudah jelas kelihatan 'baby bump'.

Menurut Ameer lagi, dia berharap agar proses kehamilan isterinya itu terus dipermudahkan.

"Semoga anak yang bakal lahir membesar dengan sihat dan jadi anak anak yang soleh dan solehah. Semoga isteriku @aurora_aulia93 dipermudahkan dan dipelihara sepanjang 9 bulan 10 hari. Insya-Allah," tulisnya.

Alhamdulillah syukur. Rezki, nikmat & hikmah yg diberikan olehNYA sgt besar & bermakna. Penantian selama 5 tahun akhirnya dikurniakan rezki yg sgt bermakna. Tq pd smua family, sahabat @sofazrband & @ameer_rangers yg mendoakan untuk kami selama ni. Smoga anak yg bakal lahir membesar dgn sht & jd anak yg soleh & solehah. Dan smoga isteriku @aurora_aulia93 dipermudahkan & dipelihara sepanjang 9 bulan 10 hari. In shaa Allah ? #momtobe2020 #dadtobe2020 #baby2020 #syukurselalu #beachlife #beachday #semogadipermudahkansegalaurusan #SofazrOfficialSupportersClub #ameerrangers #sofazrclan

A post shared by amir Mahiyiddin (@ameer_sofazr) on


Dalam pada itu, Gempak masih cuba mendapatkan Ameer berhubung berita kehamilan isterinya itu.

Di ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah atas berita gembira mengenai kehamilan isterinya itu.

"Subhannallah, Alhamdulillah..Tahniah Ameer dan isteri mama doakan kedua-dua ibu dan anak terus sihat sehingga melahirkan," tulis penyanyi Noorshila Amin.

Ameer mendirikan rumah tangga dengan Saidatul Nazriah Abdul Latif pada January 2015.

Saksikan program yang menampilkan Ameer Sofazr di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!