Pelakon Fatin Afeefa meluahkan rasa kesalnya terhadap segelintir individu yang ingkar arahan selepas diarahkan menjalani kuarantin di rumah selepas pulang dari luar negara.

Fatin Afeefa berkata, tidak keterlalun jika dia melabel golongan tersebut sebagai memetingkan diri sendiri serta tidak bertanggung jawab.

“Saya kecewa selepas membaca tentang ‘geng gelang pink’ yang langgar arahan kuarantin. Jangan susahkan orang lain sebab anda golongan ‘high risk’.

“Kuarantin memang tak seronok, saya sendiri dah lalui pengalaman itu. Tapi apa kan daya, saya tak boleh selfish dan pentingkan diri sendiri.

“Saya tahan rindu nak jumpa anak. Saya akui tertekan semasa menjalani kuarantin tetapi takkan saya nak heret anak saya sekali kalau saya positif Covid-19 ketika itu?

“Iya, kita baru pulang dari luar negara, biarpun masa tu belum ada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tapi faham-faham sendirilah,” katanya.

Fatin Afeefa ditemui ketika dilantik sebagai duta selipar jenama Havaianas dari Brazil bersama pelakon Nelydia Senrose, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dilantik sebagai duta sejak Mac lalu, Fatin Afeefa dan Nelydia diterbangkan ke Brazil untuk menjalani penggambaran selama lima hari.

Mereka kembali ke tanah air empat hari sebelum PKP dilaksanakan.