Program nyanyian ‘budak baru nak up’ (BBNU) Big Stage kembali untuk musim yang ketiga.

Mengangkat tema Dimensi Berbeza Big Stage 2020 Pada Skala Norma Baharu, musim ketiga ini menyaksikan persaingan sengit lapan peserta lelaki dan empat bintang wanita.

Bagi merancakkan lagi musim kali ini, Big Stage 2020 memperkenalkan Presiden Netizen bagi mewakili suara-suara netizen di laman sosial.

Berikut merupakan kesemua 12 peserta Big Stage 2020:

1. Yamani Abdillah
2. Dinie Rashid
3. Azzam Sham
4. Fadh Majid
5. Hanie Soraya
6. Qody
7. Usop
8. Farisha iris
9. Sandra Dianne
10. Amir Hassan
11. Nana sheme
12. Hafiz Zainal

Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.

Big Stage 2020 akan memulakan konsert pertamanya secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).