Bintang Big Stage 2020 Usop merasai dirinya kurang menyerlah di dalam industri seni sehingga membuatkan dia terbuka untuk menyertai Big Stage 2020.

Menurut Usop, dia mahu mengambil peluang yang ada di depan mata untuk membesarkan namanya dalam industri.

“Alhamdulillah walaupun saya ada single lagu, tapi saya tau saya kurang menyerlah. Kalau boleh saya nak orang lebih kenal saya, nak besarkan nama saya.

“Sekurangnya bila saya masuk Big Stage ni, macam-macam ada dalam ni seperti kelas vokal, perlu buat pembentangan, jadi saya rasa Big Stage ni adalah yang terbaik saya masuk,” kata Usop kepada Gempak.

Bismillahirahmanirahim..Doakan Usop ye. Jangan lupa untuk saksikan saya beraksi di pentas #BigStage2020 dengan Norma Baharu mulai 16 Ogos jam 9.00 Malam di Astro RIA di Astro RIA.. Jangan lupa anda juga boleh strim di Astro GO dan On Demand secara PERCUMA untuk semua pelanggan Astro…. Untuk sebarang info, anda boleh layari www.gempak.com/bigstage #BigStage2020 #DominasiBBNUNormaBaharu #NormaBaharu #BarulahON #ASTROsoON #MacamMacamAda #BiarBetul #dudukrumah #dudukrumahlayanastro #AstroGO #hapusCOVID19 #stayhomestaysafe #stayentertained

A post shared by Usop ? (@usopofficial) on

Usop ditemui ketika majlis sedang media pengenalan 12 peserta dan barisan juri Big Stage 2020 yang bertempat di The Starling, Damansara pada Selasa.

Malah, pernah menjadi naib juara untuk sebuah rancangan realiti mencari bintang, Usop tidak menolak rezeki untuk menyertai program lain.

“Apa salahnya saya cuba. Mana tahu saya ada rezeki untuk bergelar juara. Tetapi saya tidaklah berharap, saya hanya nak buat yang terbaik.

“Saya tahu ada juga yang gelarkan saya sebagai artis kampung. Jadi saya nak ambil peluang ini untuk buktikan yang saya bukan artis kampung,” kata Usop lagi.

Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.

Bigstage 2020 akan memulakan konsert pertamanya secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).