Pengacara, pelakon dan usahawan popular, Neelofa, 31, dilantik sebagai duta rantau Asia Tenggara jenama kecantikan antarabangsa Lancome.
Pelantikan terbabit sekali gus menjadikan pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor ini sebagai individu Malaysia pertama yang mewakili jenama produk kecantikan yang berasal dari Perancis itu.
Menurut hos rancangan Next to Neelofa ini, dia menzahirkan rasa kesyukuran serta terharu atas pelantikannya itu serta berpeluang membawa imej muslimah berhijab di mata dunia.
"Jenama kecantikan ini banyak menyokong kerjaya saya sejak lima tahun lalu.
"Sudah lama saya menyimpan impian untuk bekerjasama dengan jenama yang mengutamakan kebahagiaan, cita-cita, dan menjalani kehidupan sepenuhnya dengan indah serta bermakna.
"Saya tak sangka diberi berpeluang menjadi wanita Malaysia pertama dilantik sebagai duta Asia Tenggara bagi produk ini, lebih-lebih lagi menjadi individu berhijab pertama.
"Ia satu tugas yang besar dan tanggungjawab baru yang perlu saya bawa. Sejujurnya, sukar nak percaya apabila saya berjaya sampai ke tahap ini," katanya.
Mantan hos program hiburan MeleTOP ini juga merasakan ia sebagai salah satu jihad kecilnya memperkenalkan imej muslimah di mata dunia.
"Mewakili wanita muslim berhijab bersama produk antarabangsa ini boleh dianggap sebagai jihad kecil saya.
"Saya mahu membuktikan wanita berhijab juga boleh melakukan pelbagai perkara luar biasa. Saya harapkan jalinan ini dapat mendapat keberkatan daripada-Nya,” kata Neelofa.
Wanita jelita ini ditemui majlis pengumumannya sebagai duta rantau Asia Tenggara yang pertama untuk jenama kecantikan antarabangsa Lancome di One Utama, Petaling Jaya sebentar tadi.
Tambah Neelofa lagi, pemilihannya sebagai duta boleh dianggap sebagai satu kejayaan buat Malaysia kerana selama ini, wajah produk antarabangsa itu sering ditawarkan kepada negara-negara lain.
"Jenama ini sering tampil dengan wajah dan duta dari Jepun, Korea dan China. Selalunya wakil daripada Asia Tenggara tidak dipandang sangat.
"Siapa sangka, akhirnya wakil daripada Malaysia dipilih menerusi satu proses yang panjang. Ini satu kebanggaan buat kita.
"Insya-Allah, buat kali pertama dalam sejarah produk kecantikan ini, mereka akan tampil dengan kempen Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2021.
"Sebelum ini, mereka tidak pernah anjurkan kempen Aidilfitri di Malaysia. Kempen ini juga bakal diperkenalkan di negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura,” katanya.
Jangan lupa saksikan program terbaru yang dihoskan olehnya, Next To Neelofa setiap hari Khamis, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria HD (saluran 104) dan Astro Ria (saluran 124).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program bual bicara ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.
Kamaruddin Razal
Fri Aug 07 2020
OH BABY KAMAL & UQASHA! - EPISOD 2
Kamal dah pandai bedung baby! Hahaha harini kita nak throwback Kamal & Uqasha pergi antenatal class. Untuk first time parents, kelas ni sangat digalakkan join untuk persediaan bersalin. Paling penting, mommies boleh belajar banyak knowledge yang berguna!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Syasya Akui Tak Mudah Buat Keputusan Tinggalkan Dolla - “Luka Itu Lebih Besar Buat Diri Saya”
Tak mudah nak buat keputusan.
Tyra Kamaruzzaman Kini Isteri Pereka Fesyen, Terima Mas Kahwin RM1,111
Pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga pereka fesyen, Emran Rijal, pada petang Jumaat dengan sekali lafaz.
Netizen Sakit Hati NRF Siap Ajar Aliff Cara Bercakap - “Kena Cakap Berdepan Orang Tengok Muka Awak”
Netizen geram dengan NRF.
Ganti Kucing Hidup, Guna Anak Patung Doraemon Untuk Upacara Panggil Hujan!
Sebuah komuniti di Thailand menjadi tular, gara-gara menggunakan anak patung watak animasi Jepun, Doraemon menggantikan kucing hidup untuk upacara tradisional memanggil hujan.
Didi Astillah Dedah Perbualan Aliff Bersama NRF - “So Inilah Last Plan Dengan Si Ruhainies Tu Ya?”
Didi pula tampil dengan bukti tangkap layar perbualan Aliff.
B.I Bakal Beraksi Di Mega Star Arena, KL Menerusi B.I 2024 HYPE UP In Kuala Lumpur Pada 30 Jun Ini!
Bersedia untuk menikmati persembahan daripada penyanyi dan rapper popular, B.I menerusi konsert solo pertamanya, B.I 2024 HYPE UP In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, KL pada 30 Jun ini.
Bagi Kawal Populasi, Profesor Ini Cadang Makan Burung Merpati
Seorang profesor tempatan baru-baru ini memberikan solusi berani terhadap masalah lebihan populasi merpati di Pulau Pinang.
Ibu Tunggal 2 Anak Datang Klinik Minta MC, Doktor Ini Terkejut Bila Tahu Sebabnya!
Pendedahan yang dibuat seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Ahmad Samhan berjaya mencuri perhatian ramai.
THSS: Bukan Pertandingan Fokus Nyanyian Semata-Mata, Ini Sebab De Fam Bersetuju Sertai The Hardest Singing Show
Kumpulan De Fam mendedahkan kenapa mereka memilih untuk menyertai rancangan baharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show (THSS).