Aktres Tasha Shilla, 31, mengakui tidak selesa sekiranya diberikan watak penggoda seperti masa bujang.

Menurut Shilla, dia menjadi lebih selektif demi menjaga nama baik suami, Muhammad Atiq Idris, 33, dan dirinya sebagai seorang isteri.

"Saya sendiri pun dah tak selesa untuk berlakon seperti yang pernah dibawakan ketika masih bujang dahulu.

"Walaupun suami tak meletakkan sebarang syarat, saya sendiri tahu had dan batasan diri. Saya kena juga tahu batasan sebagai seorang isteri.

"Banyak hal yang perlu dipertimbangkan dan saya sendiri nak jaga diri serta nama baik suami. Dia dah beri keizinan untuk berlakon pun, dah Alhamdulillah," katanya kepada Gempak.

Tambah pelakon drama Tabir Zulaikha, dia masih aktif dalam bidang lakonan selagi belum dikurniakan rezeki anak.

"Sebelum berkahwin pun, saya dah berlakon dan suami tahu bagaimana 'ghairah' saya dengan dunia lakonan.

"Lagipun, saya mahu merebut peluang depan mata, sebelum dikurniakan cahaya mata.

"Mungkin selepas ada anak, saya memperlahankan kerjaya seni. Sementara belum ada rezeki, saya akan terus berlakon," katanya lagi.

Tasha dan Atiq berkahwin pada 28 Februari lalu di Masjid Wilayah Kuala Lumpur selepas dua bulan berkenalan.

BACA: 5 Hari Bertunang, Tasha Shilla Sah Bergelar Isteri

BACA: Tasha Shilla Gembira Suami Teman Pergi Kerja​