Penyanyi dan bintang Dansa Dan Sing, Shiha Zikir tampil memberi penjelasan tentang mesej sebenar yang disampaikan dalam video muzik lagu terbarunya, AEWO.
Menurut Shiha, dia menolak dakwaan segelintir pihak yang mengatakan video muzik tersebut mengandungi unsur bertentangan ajaran Islam atau Iluminati.
"Sebenarnya, dalam video muzik kali ini, saya hanya mahu mencipta kelainan dan tampil dengan imej berbeza berbanding sebelum ini, itulah yang saya bincangkan dengan pihak label terlebih dahulu.
"Tetapi, ada pihak yang mendakwa imej saya dan penggunaan props dalam video muzik lagu ini menyerupai Iluminati, kalau benar ia kelihatan sama, saya yakin itu hanya kebetulan.
"Solekan saya dalam muzik video itu hanyalah sekadar untuk membawa watak ahli sihir, sama juga kalau kita saksikan seorang pelakon yang membawa watak ahli sihir dalam filem seram.
"Manakala, penggunaan lampu berbentuk segitiga sebagai props pula melambangkan huruf A yang juga huruf pertama dalam ejaan tajuk lagu terbaru ini," katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah Shiha, para peminat tidak harus memandang pada sudut negatif sahaja kerana mesej yang sebenar adalah untuk mengingatkan masyarakat agar menjauhkan diri daripada perbuatan syirik.
"Apa yang penting, mesej sebenar yang saya ingin sampaikan adalah jangan lakukan perkara syirik kepada Allah SWT. Mesej ini juga ada ditulis di penghujung video muzik AEWO ini.
"Watak ahli sihir yang saya bawa dalam video muzik ini hanyalah sekadar lakonan yang berdasarkan dunia realiti, saya sendiri ada mendengar kenalan yang mempunyai pengalaman disihir oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
"Sebab itulah kita jangan menilai sesuatu berdasarkan luaran, jangan fikir pada sudut negatif sahaja, saya pun tahu baik buruk, takkan lah saya mahu kelihatan seperti pengamal Iluminati, jauh sekali untuk menyertainya," katanya lagi.
Terdahulu, Pada 31 Julai 2020, Gempak telah menghubungi Shiha untuk mendapatkan penjelasan tentang imejnya dalam video muzik tersebut.
Namun ketika itu Shiha hanya mengatakan dirinya berada dalam keadaan baik dan enggan mengulas lanjut.
BACA : Didakwa Bawa Imej Iluminati, Ini Komen Shiha Zikir
Video muzik rasmi AEWO mula ditayangkan di YouTube pada 5 Ogos lalu. Sehingga kini, video muzik ini telah mencecah 250 ribu tontonan.
Asraf Aided
Sun Aug 09 2020
B.I Bakal Beraksi Di Mega Star Arena, KL Menerusi B.I 2024 HYPE UP In Kuala Lumpur Pada 30 Jun Ini!
Bersedia untuk menikmati persembahan daripada penyanyi dan rapper popular, B.I menerusi konsert solo pertamanya, B.I 2024 HYPE UP In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, KL pada 30 Jun ini.
Bagi Kawal Populasi, Profesor Ini Cadang Makan Burung Merpati
Seorang profesor tempatan baru-baru ini memberikan solusi berani terhadap masalah lebihan populasi merpati di Pulau Pinang.
Ibu Tunggal 2 Anak Datang Klinik Minta MC, Doktor Ini Terkejut Bila Tahu Sebabnya!
Pendedahan yang dibuat seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Ahmad Samhan berjaya mencuri perhatian ramai.
THSS: Bukan Pertandingan Fokus Nyanyian Semata-Mata, Ini Sebab De Fam Bersetuju Sertai The Hardest Singing Show
Kumpulan De Fam mendedahkan kenapa mereka memilih untuk menyertai rancangan baharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show (THSS).
Individu Hina Anak Caprice Diminta Melutut Mohon Maaf, Ada Yang Setuju & Ada Yang Tidak
Penyanyi rap Caprice akhirnya membuat pertemuan empat mata dengan individu yang menghina anaknya baru-baru ini. Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, dapat dilihat individu tersebut diminta untuk melutut di hadapan Caprice dan isterinya (Fara Inalis) demi meminta maaf.
Persefahaman Baharu Dicapai, Lagu-Lagu Artis Universal Muzik Group Bakal Kembali Ke TikTok
Universal Muzik Group (UMG) dan TikTok telah mencapai kata sepakat dengan mengumumkan ‘perjanjian pelesenan pelbagai dimensi’ baharu sekaligus menamatkan perselisihan mengenai isu royalti lagu-lagu dari penyanyi di bawah naungan UMG yang telah digunakan sebagai muzik latar di aplikasi TikTok.
Kisah Si Ranum Bercakap Dengan Jin… Eh… Jun! | Singgah Set
Wow! Lain macam tajuk drama terbaharu daripada Astro kali ini ya! Bercakap Dengan Jun ni buatkan ada orang fikir salah typo atau orang ingat cerita mistik tapi drama bersiri ini mengisahkan seorang pencopet yang bernama Jun dalam meneruskan kerjayanya sebagai pencopet professional. Istimewa kisah ini, ada seorang bayi bernama Ranum akan menjadi sidekick Jun, Luth dan Lily.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.
RTM Memilih Untuk Tangguh Tayangan Drama Pelakon Bermasalah
RTM memilih untuk menangguhkan tayangan drama membabitkan pelakon yang namanya hangat menjadi bahan bualan netizen dan masyarakat susulan beberapa kontroversi yang tercetus.
Beli Tali Skipping LV Harga RM4,000, Netizen Impressed DSV Fasih Berbahasa Mandarin
Sepotong video memaparkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) sedang membeli-belah di sebuah kedai jenama mewah Louis Vuitton (LV) berjaya mencuri perhatian netizen baru-baru ini.
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem IF (Imaginary Friends)
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!