Pelakon Wan Sharmila, 39, menyatakan dia berasa kasihan melihat nasib perempuan yang kantoi selepas hadir sebagai orang ketiga dalam sebuah rumah tangga.

Kata Wan Sharmila atau lebih mesra dipanggil Lala, kita tak tahu cerita sebenar tetapi hanya wanita itu yang dipersalahkan.

"Sebenarnya saya kesian dengan perempuan bila tengok isu merampas ini. Kenapa yang disalahkan adalah orang ketiga?

"Kita tak tahu hujung pangkal. Apa yang saya nampak lelaki itu selamat macam dia tak buat apa-apa. Padahal mereka bercinta bersama-sama," katanya kepada Gempak.

Sementara itu, pemilik nama Wan Sharmila Wan Muhamed menyifatkan lelaki itu seorang yang tidak bertanggungjawab kerana melepas tangan dalam kemelut itu.

"Saya ada baca dia (suami) minta maaf pada isteri dan keluarga tapi tak minta maaf pun dekat perempuan tu.

"Kesian perempuan tu kena hadap sorang. Tak kisah la perempuan tu salah haritu sebab berkawan dengan suami orang.

"Masa berbaik siap beli barang semua. Lelaki macam tu kira tak bertanggungjawab la.

"Kalau betul dia nak berkahwin lebih pada satu, buat dengan cara baik. Dia mampu tapi hujung-hujung terus ditinggalkan," katanya lagi.