Pelakon Abby Abadi berkongsi berita gembira apabila proses pembedahan bariatric atau 'ikat' perut mula menunjukkan perkembangan positif.
Menurut Abby, berat badannya sudah mula menunjukkan penurunan selepas dua minggu melalui proses pembedahan tersebut.
"Walaupun dah dua minggu, baru turun 5 kilogram, tapi nak posing juga sebab badan rasa kurang lemak-lemak degil.
"Pembedahan bariatric memang bantu menceriakan hari-hari saya. Semoga yang diluar sana yang berat atas 80kg, 100kg terutamanya dengan berbagai-bagai penyakit, buatlah, usahakan," katanya menerusi satu entri di Instagram.
Bahkan, dalam entri tersebut, Abby memuat naik gambar terkini dirinya yang sudah mula boleh memakai baju-baju lama.
"Nak cerita juga yang baju ni beli di Singapura masa sibuk dengan acara hujung tahun lepas, tapi masa itu beli tak cuba dulu, balik KL, bila nak pakai tak boleh butang.
"Sekarang dah boleh dah. Jeans tu pun sama, beli tak cubam, maing agak-ahak, hari ini baru boleh pakai," katanya yang gembira dengan perkembangan positif selepas melakukan pembedahan tersebut.
Sebelum ini, Abby mengakui dia terpaksa melakukan pembedahan ikat perut demi mengelakkan masalah berat badannya yang semakin sukar dikawal apabila sudah mencecah 92kg.
BACA: “Menakutkan, Duduk Diam Pun 190/110” - Darah Tinggi Antara Sebab Abby Abadi Jalani Pembedahan BariatricBahkan, sebelum itu, Abby juga pernah meluahkan hasratnya untuk menurunkan berat badan selepas suaminya memintanya untuk menjaga kesihatan.
BACA: Suami Bagi Hint Suruh 'Jaga' Diri, Abby Abadi Nak Turunkan 22 KGPelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev