Masih berbaki enam hari lagi sebelum tayangan rasmi filem Jebat, namun sudah ramai yang tidak sabar mahu menonton karya yang menampilkan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose selaku teraju utama itu.

Semuanya, gara-gara video teaser filem arahan Jamal Khan yang dikongsikan barisan pelakon di Instagram mereka.

Mana tidaknya, hanya selepas enam tahun penantian, karya yang merupakan kesinambungan daripada drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu diangkat ke filem.

BACA: Selepas 6 Tahun, Sharnaaz & Nelydia Muncul Lagi! Kali Ini Dalam Versi Filem Jebat

Rata-rata mereka merupakan penonton setia yang pernah mengikuti jalan cerita drama berkenaan.



"Wow! Tak sabarnya nak tengok.

"Yes! Ini yang dok tunggu-tunggu ni bang..

"Sumpah tak sabar..yang ku tunggu-tunggu Jebat.

"Pasti tengok mamu..Ini Jebat. Saya dan isteri sangat minat, tak sabar.

"Pergh mantap. Cepat tayangkan..nak langgan 10 hari berturut-turut punya ni," tulis sebahagian komen netizen.



Video teaser yang dikongsikan Sharnaaz itu juga sudah mencatatkan lebih 250,000 tontonan.

? #JEBAT

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on


Selain Sharnaaz dan Nelydian, filem Jebat menampilkan pelakon Idris Khan, Peter Davis, Carmen Soo, Rahim Buang, Sangeeta Krisnasamy dan Louisa Chong.

Jebat mengisahkan seorang bekas ketua gangster (lakonan Sharnaaz) yang telah bertaubat dan cuba hidup sebagai orang biasa dengan bekerja sebagai penternak ikan dan berkahwin.

Bagaimanapun, seterunya dalam kumpulan gangster masih mengganggu hidup baharunya.

Jebat terpaksa berdepan dengan konco-konco gangster tersebut demi menyelamatkan insan tersayang di sekelilingnya.

Pada masa sama Jebat cuba menyembunyikan kehidupan lampaunya sebagai kaki gangster daripada isteri (Nelydia Senrose) tercintanya.

Nak tahu apa yang terjadi kepada mereka berdua? Jangan lupa saksikan filem Jebat di pawagam rumah anda menerusi Astro First saluran 480 bermula 3 September 2020.

Bagi mendapatkan info terkini mengenai Jebat, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw