Pelakon dan model Ikmal Amry akui bukan mahu menunjuk-nunjuk punyai bentuk badan yang sasa sebaliknya bertunjuan memberikan inspirasi kepada peminatnya.

Jelas Ikmal, punyai kelebihan bentuk badan yang cantik juga menjadi aset baginya sebagai selebriti.

"Saya tunjuk badan di Instagram bukan nak show off atau nak orang suka tapi sebab saya ada. Itu kelebihan saya.

"Jujur saya katakan saya berlakon tak hebat, saya ambil itu sebagai kelebihan yang ada untuk tunjukkanlah.

"Asalnya saya kurus kering dan tak yakin pun untuk keluar rumah apatah lagi tunjuk badan. Bila sudah ada badan yang lawa, kenapa tidak tunjukkan sebagai kenangan atau inspirasi kepada orang luar.

"Orang akan bertanyakan tips dan secara tidak langsung dapat menarik peminat," katanya kepada Gempak.

Kalau mcm ni kena saman tak ? ?

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry) on


Ikmal turut menjadikan Instagramnya sebagai medium untuk berkongsi pendapat mengenai diet dan rutin kecergasan hariannya bersama peminat.

Sementara itu, tunangnya, Najla Samshul akui memahami situasi tersebut dan menganggap tindakan Ikmal menayang tubuh adalah sebahagian daripada tuntutan kerja.

"Saya faham tapi pada masa sama ada juga rasa kurang senang. Saya ada juga menasihatinya tapi saya faham itu kerja dan self reward-nya," katanya.