Aktor Fattah Amin akui namanya lebih mendapat perhatian dalam bidang lakonan meskipun turut bergelar seorang penyanyi.
Meskipun begitu, Fattah mengatakan dia sudah lama serius menumpukan perhatian dalam bidang nyanyian.
"Walaupun nama saya lebih dikenali dalam bidang lakonan, tetapi saya juga serius menumpukan perhatian dalam bidang nyanyian.
"Saya juga sudah lancarkan beberapa single sebelum ini, jadi boleh dikatakan, sudah lama saya serius untuk menyanyi.
"Saya sudah memiliki lima hingga enam single, kalau diikutkan ia sudah boleh dimuatkan dalam satu album, " katanya.
Fattah berkata demikian ketika ditemui di majlis Tea Party With Fazura di Lightbox Sungai Buloh pada Selasa.
Tambah Fattah, dia juga lebih sukakan kepelbagaian dalam genre lagu nyanyiannya.
"Saya tak mahu orang label saya sebagai stereotype dimana hanya melakukan satu perkara sama sahaja.
"Saya suka pelbagai, kalau berlakon saya suka cuba macam-macam watak, begitu juga dengan nyanyian.
"Sebelum ini saya dah cuba genre balada, cinta dan lagu Bebas yang dilancarkan baru-baru ini pula mempunyai mesej yang mampu membangkitkan semangat motivasi dalam diri seseorang," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Fattah juga akan melancarkan single terbaru ciptaan Hafiz Hamidun yang akan menemui peminat dalam masa terdekat.
"Untuk lagu baru yang akan dilancarkan ini, ia juga akan menampilkan pembaharuan di mana saya memang tak pernah menyanyikan lagu sebegitu, proses rakaman sudahpun selesai, nantikan!" tuturnya menutup bicara.
Asraf Aided
Fri Aug 28 2020
Bakar Kucing Hidup-Hidup, Polis Sedang Buru Suspek!
Pihak polis sedang memburu tiga lelaki dipercayai suspek yang terlibat dengan kejadian membakar anak kucing hidup-hidup di tempat meletak motosikal Flat Seri Kenari, Kajang pada Selasa.
The Hardest Singing Show | PROMO
Korang dah bersedia untuk menyaksikan sebuah program terbaru Astro? Jom kita sama-sama nantikan!
#thehardestsingingshow #thehardest #luarlimitasi #THSS
#thehardestsingingshow #thehardest #luarlimitasi #THSS
Nahas Helikopter Lumut: Hajat Naik Helikopter Tercapai, Namun Berakhir Tragedi
Salah seorang waris mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Lumut mendedahkan anak saudaranya memang berhajat untuk menaiki helikopter sebelum pencen.
Tak Tuntut Nafkah, Adira Suhaimi Faham Keadaan Datuk Red - “Saya Tak Nak Susahkan Dia Yang Tengah Down”
Keputusan penyanyi Adira Suhaimi tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya yang juga usahawan Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu atas kehendaknya sendiri.
Ayah Back-Up Anak Makan Gulai Kaki Ayam Satu Mangkuk - “Janganlah Risau”
Bapa kepada kanak-kanak yang dikenali sebagai Bang Aji itu memberi ulasan dan mempertahankan selera anaknya
Sertai Kemeriahan 'Hello Nu Sentral' Bersama Nikki Palikat, Afif Tarmizi, Liza Hanim, Nadeera Zaini & Ramai Lagi!
Lock janji temu kita pada 27 April 2024, bermula 2 hingga 6.30 petang di Aras 2, MPH Bookstore, NU Sentral Shopping Mall, Kuala Lumpur.
Doa Di Tanah Suci Makbul, Adira Suhaimi Syukur Datuk Red Lembut Hati Untuk Bercerai - “Saya Memang Banyak Berdoa…”
Penyanyi Adira Suhaimi meluahkan rasa syukur apabila bekas suaminya yang juga usahawan Datuk Red atau Adnan Abu akhirnya berlembut hati untuk melepaskannya.
Datuk Red Diam Membisu, Kaki Lemah Tak Daya Nak Jalan Selepas Sah Cerai
Bekas suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red enggan memberikan sebarang kenyataan selepas sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, pada pagi Rabu.
Adira Tenang, Datuk Red Tunduk Sayu Lafaz Cerai Talak Satu
Rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dengan usahawan Datuk Red berakhir perceraian dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada pagi Rabu.
Adira Suhaimi Tetap Tenang Biarpun Rumah Tangga Dengan Datuk Red Bakal Berakhir - “Keputusan Saya Tetap Sama”
Rumah tangga bakal berakhir, penyanyi Adira kelihatan tenang apabila tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat bersama peguam syarie, Nor Saidah Zakaria untuk lafaz perceraian pada pagi, Rabu.