Tinggal lima hari lagi filem Jebat yang menampilkan gandingan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose bakal menemui penonton.

Ramai yang sudah tidak sabar nak menyaksikan filem arahan Jamal Khan itu yang diangkat daripada drama bersiri popular, Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

BACA: Selepas 6 Tahun, Sharnaaz & Nelydia Muncul Lagi! Kali Ini Dalam Versi Filem Jebat

Walaupun sudah enam tahun berlalu, bagi yang nak melepaskan rindu melihat telatah watak Jebat dan Mastura, anda tak perlu tertunggu-tunggu lagi.

Istimewanya, drama bersiri 59 episod itu kini boleh ditonton semula di Gempak.

Wah! Semestinya, inilah waktu yang cukup sesuai buat anda yang ingin mengambil 'mood' sebelum menyaksikan filem Jebat yang bakal ditayangkan pada 3 September nanti.

Jadi, apa kata, sempena cuti hujung minggu dan sambutan Hari Merdeka ini, sama-sama kita 'marathon' untuk menonton drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di sini.

Bila dah dapat 'mood', barulah jadi lebih seronok bila nak layan filem Jebat nanti!

BACA: "Nak Langgan 10 Hari Berturut-Turut" - Baru Keluar Teaser, Tapi Ramai Dah Tak Sabar Nak Tonton Jebat!

Ingat lagi tak scene ni? dulu 2013 bukan main cepat lagi Jebat suruh Mastura turun kereta, sekarang tak kasi turun pulakkkkk Kalau korang nak ambil mood filem Jebat ni boleh la tengok Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta sekarang di gempak.com/video! Nantikan filem Jebat akan datang mulai 3 September ini hanya di Astro First, Saluran 480, Di Pawagam Rumah Anda! . @nelydiasenrose @sharnaazahmad @peterhughdavis @carmen_soo @sangeeta_krishnasamy @theidriskhan @louisaalissachong . #Jebat #FilemJebat #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda #TeamJebat #TeamMastura #JebatMasForever

A post shared by @ nelydiasenrose on


Filem Jebat mengisahkan seorang bekas ketua gangster (lakonan Sharnaaz) yang telah bertaubat dan cuba hidup sebagai orang biasa dengan bekerja sebagai penternak ikan dan berkahwin.

Bagaimanapun, seterunya dalam kumpulan gangster masih mengganggu hidup baharunya.

Pada masa sama Jebat cuba menyembunyikan kehidupan lampaunya sebagai kaki gangster daripada isteri (Nelydia Senrose) tercintanya.

Nak tahu apa yang terjadi kepada mereka berdua? Jangan lupa saksikan filem Jebat di pawagam rumah anda menerusi Astro First saluran 480 bermula 3 September 2020.

Bagi mendapatkan info terkini mengenai Jebat, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.