Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan tindakan salah seorang anggota kumpulan K-Clique, Tuju yang dikatakan bertindak menyerang seorang individu dalam sebuah acara di ibu kota pada Jumaat lalu.

Kekecohan yang berlaku di Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu sebenarnya melibatkan antara Tuju dan anggota kumpulan hiphop underground, TTONTHEMOVE.

Selepas tular di laman Twitter, Tuju dan pasangannya, Loca B kemudian menafikan bahawa apa yang tersebar itu hanyalah satu fitnah sahaja.

BACA: Didakwa Kaki Pukul & Panas Baran, Tuju Minta Bukti Depan Mata

Bagaimanapun, salah seorang anggota TTONTHEMOVE, Taufiq Azhar menyelar tindakan Tuju yang dikatakan cuba menutup kebenaran setelah apa yang terjadi.

Bahkan, dakwanya, insiden tersebut sebenarnya, turut melibatkan ahli anggota K-Clique yang lain.

"Kenapa dia nak cakap itu fitnah? Walhal memang betul berlaku! Mereka serang.

"Jangan ingat mereka ada pengaruh boleh kata apa sahaja dengan media. Seolah-olah nak nampak tangan mereka bersihlah?

"Yang nak nampak buruknya ini, kami. Walhal memang betul mereka lakukan provokasi sehingga ada physical contact, nasib baik ada yang sempat redakan keadaan, kalau tidak, parah," katanya ketika dihubungi Astro Gempak.

Jam 5 petang ini bersama @k_clique dan ramai lagi ! di bukit jalil ? @theculture.official ?

A post shared by TUJU K-CLIQUE (@azreewhuut) on


Dakwanya lagi, kejadian yang berlaku sekitar 4 petang itu, memang tidak melibatkan sebarang pergaduhan besar.

"Memang tak ada sampai bertumbuk, tapi bertikam lidah dan hampir bertumbuk. Nasib baik pengurus kami sampai dan leraikan apa yang berlaku.

"Kami hanya nak berniaga dan memeriahkan acara, tapi mereka datang nak kacau. Mereka ikut ke booth kami, target Klouds, nak pukul," ceritanya yang merupakan salah seorang daripada 12 ahli kumpulan hip hop TTONTHEMOVE.

9PM. dari HQ #TTONTHEMOVE ‼️

A post shared by arwahpop? (@ttonthemove) on


Menurut Taufiq, dia kecewa dengan tindakan Tuju dan Loca B yang cuba menutup perbuatan ahli K-Clique.

"Selepas apa yang berlaku, kami sebenarnya sudah bermaafan. Dah redakan.

“Cuma tak puas hati bila mereka kata fitnah seolah-olah nak putar belitkan cerita. Nak selesaikan, settle cara hip hop" katanya yang lebih dikenali dengan nama Tulangkata dalam dunia hip hop.

Sebelum ini, video serangan yang viral itu menyebakan Tuju menerima kecaman netizen sehingga dilabel 'kaki pukul' dan panas baran.