Filem Jebat yang menampilkan gandingan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose secara rasminya menemui penonton bermula hari ini.

Orang ramai boleh menonton filem Jebat di pawagam rumah anda, menerusi saluran Astro First 480.

Semestinya, inilah hari yang dinanti-nantikan buat peminat mereka khususnya apabila karya arahan Jamal Khan itu diangkat daripada drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta buat julung kali.

Sudah pasti, filem ini menjadi antara naskhah wajib tonton.

Berikut, Gempak kongsikan sebahagian perkara menarik yang ada pada filem Jebat:



#1 Penuh babak aksi

Sukakan sebuah karya aksi? Jika ya, inilah filem yang buat jantung penonton berdegup laju.

Mana tidaknya, hampir setiap babak, pasti akan ada sahaja tindakan serang balas antara Jebat dan rakan seterunya dalam dunia gangster.

Memang tak senang duduk Jebat dibuat. Jadi, kalau nak tengok aksi Jebat bertarung, kena tonton filem ini!





#2 Telatah manja, gedik Nelydia

Ketika dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, ramai yang tertarik dengan perangai Nelydia yang boleh buat kalian tersengih sendirian sewaktu menonton.

Dalam filem Jebat ini pula, penonton pasti tak kering gusi melihat Nelydia apabila menjadi seorang yang ektra manja dan gedik dengan suaminya.

Eh, bukan itu sahaja, dalam filem ini pun, ada babak 'belanja'. Nak tahu apa? Kena tengok sendiri!




#3 Keindahan Prague

Bukan setakat di Malaysia, filem Jebat ini juga menjalani penggambaran di luar negara.

Memilih Prague sebagai destinasi pilihan, penonton berpeluang melihat sendiri antara lokasi-lokasi menarik yang ada di negara berkenaan yang dipaparkan dalam filem ini.

Memang cantik! Begitupun, penggambaran di Prague hanya mengambil masa selama dua hari sahaja.




#4 Angkat kisah penghijrahan, kasih sayang

Antara yang seronok pasal filem ini, apabila ia mengetengahkan kisah penghijrahan seseorang yang cuba mengubah jalan hidupnya ke arah yang lebih baik.

Pada masa sama, filem ini pasti bikin hati anda tersentuh melihat kasih sayang seorang suami terhadap isterinya.

Aduhai, ada satu babak tu pasti akan buat penonton sebak! Sampaikan Jebat yang gangster pun boleh buat penonton beremosi.




#5 Papar kehidupan gangster

Inilah realiti yang ada dalam kehidupan sebenar. Ada orang baik, ada juga orang jahat.

Filem Jebat ini mengetengahkan kisah kehidupan ahli kongsi gelap. Maka tidak hairanlah banyak babak aksi dalam filem ini.

Secara tak langsung, penonton dapat melihat sendiri perangai dan 'budaya' sebenar golongan gangster ini.

Sekali masuk dalam dunia mereka, hidup pasti tak tenang! Jadi, mana yang dah tengok tu, ambil iktibar dan jadikan pengajaran.



Jom saksikan Official Trailer filem Jebat sebuah filem yang dinantikan tahun 2020 lakonan @nelydiasenrose @sharnaazahmad @peterhughdavis dan ramai lagi. Filem Jebat bakal menemui anda mulai 3 September ini istimewa hanya di Pawagam Rumah Anda, Astro First saluran 480. Kalau korang nak ambil mood filem Jebat ni boleh la tengok Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta sekarang di gempak.com/video! Nantikan filem Jebat akan datang mulai 3 September ini hanya di Astro First, Saluran 480, Di Pawagam Rumah Anda! . @nelydiasenrose @sharnaazahmad @peterhughdavis @rahhimo369 @carmen_soo @sangeeta_krishnasamy @theidriskhan @louisaalissachong . #Jebat #FilemJebat #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda #TeamJebat #TeamMastura

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on



Jadi, tunggu apa lagi, jom tonton filem Jebat di Astro First saluran 480 hari ini! Inilah masanya nak layan bersama ahli keluarga beramai-ramai.

Apapun, jika anda nak ambil 'mood' Jebat, apa kata anda layan sama drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Gempak.

BACA: Nak Lepas Rindu Tengok Sharnaaz, Nelydia? Jom 'Marathon' Layan Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta Di Gempak!

Bagi mendapatkan info terkini mengenai Jebat, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.