Ada ketika apabila segelintir pengguna media sosial yang berfikiran negatif selalu menganggap mereka lebih faham apa yang cuba disampaikan oleh selebriti-selebriti di media sosial.

Hanya kerana satu perkara kecil yang disalah mengertikan, mereka menjadikannya isu besar dan kumpulan makcik dan pakcik bawang yang suka membuat onar akan menokok tambah cerita tersebut menjadikannya lebih besar.

Itulah yang berlaku kepada pelakon jelita Tiz Zaqyah Razak atau lebih mesra dipanggil Tiz di Instagram miliknya.

Dalam satu perkongsian entri dengan beberapa keping gambar dan satu video, Tiz berkongsi keindahan tempat-tempat yang dikunjunginya di dalam Malaysia.

"Kat mana? Malaysia je. Jaga kebersihan please. Sayang Malaysia kita. Selamat Hari Merdeka," tulis Tiz pada entri tersebut.



Tulisan di entri tersebut membawa maksud bahawa di Malaysia saja sudah mempunyai banyak tempat-tempat yang indah dan menarik untuk dikunjungi, dan pada masa yang sama kita harus menjaga kebersihan di tempat-tempat ini dan sama-sama menyayangi negara kita Malaysia.

Namun seorang pengguna media sosial menterjemahkan perkataan 'je' yang ditulis oleh Tiz seolah-olah Tiz memperkecil-kecilkan percutian di dalam negara sendiri.

"Kenapa MALAYSIA je? Kenapa mesti ada JE kat belakang? Low class sangat ke holiday dalam Malaysia?" komen callmehoney1111.

Tiz kemudiannya berkongsi perkara tersebut di Twitter miliknya.

"Contoh s*hai, sila baca comment. Dalam kepala I, s*hai sebegini aku dah pancung kepala dia. Darah dia spew spew spew and it tastes f**king bitter.

"So kawan-kawan, please don't be a s*hai. Don't waste your blood," tulis Tiz di ruangan komen Twitternya itu.

Perkongsian Tiz tersebut mendapat reaksi positif daripada ramai pengguna Twitter yang turut merasakan ianya diperbesar-besarkan oleh orang yang meninggalkan komen di Instagramnya itu.



Tiz Zaqyah adalah antara pelakon wanita yang menjadi pilihan pengarah dan pernah memenangi anugerah Pelakon TV Wanita Popular, Pelakon Wanita Terbaik (drama) Anugerah Skrin 2016 dan Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Telenovela ke-4 pada tahun lalu.