Filem Jebat yang mula ditayangkan sejak tiga hari lalu terus mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan penonton.

Rata-rata yang sudah menonton karya gandingan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose itu mengakui terhibur dengan jalan cerita yang diarahkan oleh Jamal Khan itu.

Bahkan, ramai yang menyifatkan ia sebuah naskhah yang cukup berbaloi ditonton.

Maka, sebab itu jugalah mereka yang sudah menontonnya, mengambil peluang untuk menyaksikan filem berkenaan berkali-kali dalam tempoh 48 jam selepas pembelian.

"Dah 10 kali tengok!," tulis salah seorang pengikut Sharnaaz.

"Dah tengok..best sangat-sangat. satu hari berkali-kali tengok. Memang sesuai gandingan dengan Nelydia," komen seorang penonton lain.

"Gilalah, memang best. Lawak, aksi dan paling best romantik. Sharnaaz dan Nelydia memang serasi. Nak lagi please gandingan mereka berdua. Dah enam kali ulang tengok," luah Aina Qaisarah.

"Best! Dah lima kali tengok. Hari ini nak tengok lagi," komen Esya Rahim.



Jebat mengisahkan seorang bekas ketua gangster (lakonan Sharnaaz) yang telah bertaubat dan cuba hidup sebagai orang biasa dengan bekerja sebagai penternak ikan dan berkahwin.

Bagaimanapun, seterunya dalam kumpulan gangster masih mengganggu hidup baharunya.

BACA: Rugi Kalau Tak Tengok! Ini 5 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Jebat

Apapun, jika anda nak ambil 'mood' Jebat, anda boleh layan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Gempak.

BACA: Selepas 6 Tahun, Sharnaaz & Nelydia Muncul Lagi! Kali Ini Dalam Versi Filem Jebat

Jadi, tunggu apa lagi, jom tonton filem Jebat di Astro First saluran 480 hari ini!

Dengan pembelian hanya RM15, penonton berpeluang menonton berulang kali filem Jebat dalam tempoh 48 jam.

Bagi mendapatkan info terkini mengenai Jebat, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Pasangan korang bila lapar macam Mas ni tak? Haih gerammm je kan? . JEBAT KINI DI PAWAGAM RUMAH ANDA! Untuk melanggan sila ke Saluran 480, Astro First! . Anda juga boleh menonton Bukan Kerana Aku Tak Cinta di gempak.com/video atau di On Demand! @penacreativepictures @khanmancung @nelydiasenrose @sharnaazahmad @peterhughdavis @rahhimo369 @carmen_soo @sangeeta_krishnasamy @theidriskhan @louisaalissachong . #Jebat #FilemJebat #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda #TeamJebat #TeamMastura

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on