Penyanyi dan peserta program Big Stage 2020 iaitu Sandra Dianne yang terlibat dalam kemalangan pada petang semalam masih dalam keadaan krtikal dan tidak sedarkan diri.

Perkara itu dimaklumkan oleh wakil syarikat rakaman Sony Music dikenali sebagai Bella.

Menurut Bella, ketika ini hanya ibu penyanyi itu sahaja dibenarkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.

"Keadaan dia masih kritikal dan tidak sedarkan diri.

“Dia pun masih dirawat di ICU sejak semalam. Kami masih belum dapat maklumat sepenuhnya daripada doktor.

"Sebab hanya ibu Sandra sahaja dibenarkan masuk ke bilik ICU,” katanya.

Tambahnya, dia juga mengharapkan orang ramai supaya mendoakan Sandra kembali pulih.

Sekadar info, Sandra Dianne terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Menerusi gambar yang diterima, keadaan kereta Sandra agak teruk terutama pada bahagian depan.

Malah, cermin hadapan dan belakang juga pecah.

BACA: Kereta Depan Brek Mengejut, Peserta Big Stage Sandra Dianne Terlibat Kemalangan!

Untuk makluman, Sandra merupakan antara salah seorang peserta yang akan membuat persembahan di pentas Big Stage 2020 minggu keempat yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Selain Sandra, peserta lain yang turut layak ke minggu seterusnya ialah Hafiz Zainal, Dinie Rashid, Yamani Abdillah, Qody Rani, Fadh Majid dan Nana Sheme.