Filem Jebat yang menampilkan gandingan Sharnaaz dan Nelydia terus mendapat pujian dalam kalangan penonton yang sudah menyaksikannya.

Bahkan, atas sebab itu jugalah, rata-rata mereka sanggup berulang kali menonton filem arahan Jamal Khan itu berulang kali.

BACA: "Best! Dah 10 Kali Tengok!" - Ramai Suka Ulang Tonton Filem Jebat Berkali-Kali..Memang Layan!

Kebanyakkan penonton cukup teruja dan suka menyaksikan babak-babak 'sweet' antara Jebat dan Mastura yang dijayakan oleh Sharnaaz dan Nelydia.

"Saya bagi 10 bintanglah. Sweet betul Jebat dan Mas ni. Kelakar pula tu...hahaa.

"Jebat 8.5/10. Bertahun aku tunggu filem ini keluar. Sekejap sangat ceritanya. tapi okaylah, 10/10 untuk hero dan heroin.

"Berulang kali tengok..terbaik Jebat! 10 Bintang!," komen sebahagian penonton yang sudah menonton filem berkenaan sejak tayangan bermula 3 September.



Jebat mengisahkan seorang bekas ketua gangster (lakonan Sharnaaz) yang telah bertaubat dan cuba hidup sebagai orang biasa dengan bekerja sebagai penternak ikan dan berkahwin.

Bagaimanapun, seterunya dalam kumpulan gangster masih mengganggu hidup baharunya.

BACA: Rugi Kalau Tak Tengok! Ini 5 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Jebat

Apapun, jika anda nak ambil 'mood' Jebat, anda boleh layan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Gempak.

BACA: Selepas 6 Tahun, Sharnaaz & Nelydia Muncul Lagi! Kali Ini Dalam Versi Filem Jebat

Jadi, tunggu apa lagi, jom tonton filem Jebat di Astro First saluran 480 hari ini!

Dengan pembelian hanya RM15, penonton berpeluang menonton berulang kali filem Jebat dalam tempoh 48 jam.

Bagi mendapatkan info terkini mengenai Jebat, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Pasangan korang bila lapar macam Mas ni tak? Haih gerammm je kan? . JEBAT KINI DI PAWAGAM RUMAH ANDA! Untuk melanggan sila ke Saluran 480, Astro First! . Anda juga boleh menonton Bukan Kerana Aku Tak Cinta di gempak.com/video atau di On Demand! @penacreativepictures @khanmancung @nelydiasenrose @sharnaazahmad @peterhughdavis @rahhimo369 @carmen_soo @sangeeta_krishnasamy @theidriskhan @louisaalissachong . #Jebat #FilemJebat #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda #TeamJebat #TeamMastura

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on