Filem Jebat yang menampilkan gandingan Sharnaaz dan Nelydia Senrose terus mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan penonton.

Buktinya, filem arahan Jamal Khan itu berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM1.3 juta dalam tempoh hanya empat hari tayangan sahaja.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi Instagram Astro Shaw yang membawakan naskhah berkenaan kepada penonton.

"Alhamdulillah. RM 1.3 juta dalam masa empat hari tayangan. Terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan menonton filem Jebat," tulisnya.

Alhamdulillah... RM 1.3 JUTA DALAM MASA 4 HARI TAYANGAN!! Terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan menonton Filem Jebat. JEBAT KINI DI PAWAGAM RUMAH ANDA! Untuk melanggan sila ke Saluran 480, Astro First! Anda juga boleh menonton Bukan Kerana Aku Tak Cinta di gempak.com/video atau di On Demand! @penacreativepictures @khanmancung @nelydiasenrose @sharnaazahmad @peterhughdavis @rahhimo369 @carmen_soo @sangeeta_krishnasamy @theidriskhan @louisaalissachong . #Jebat #FilemJebat #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda #TeamJebat #TeamMastura

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Sementara itu, Sharnaaz menerusi Instagram miliknya turut meluahkan rasa syukur dengan berita gembira mengenai hasil kutipan filem yang cukup memberangsangkan itu.

"Alhamdulillah. Semua rezeki Allah punya bukan kita punya, bakat dan seni ini, Allah beri. Syukur," katanya.

Sejak ditayangkan pada 3 September lalu, filem Jebat menerima pelbagai reaksi positif dalam kalangan penonton.

BACA: "Saya Bagi 10 Bintang" - Penonton Suka Tengok Momen Sweet Sharnaaz, Nelydia Dalam Filem Jebat

Jebat mengisahkan seorang bekas ketua gangster (lakonan Sharnaaz) yang telah bertaubat dan cuba hidup sebagai orang biasa dengan bekerja sebagai penternak ikan dan berkahwin.

Bagaimanapun, seterunya dalam kumpulan gangster masih mengganggu hidup baharunya.

1.3juta dalam 4 hari.. Alhamdulillah Semua rezeki Allah punya bukan kita punya, bakat dan seni ni Allah kasi . Fullstop Syukur

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on


BACA: Rugi Kalau Tak Tengok! Ini 5 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Jebat

Apapun, jika anda nak ambil 'mood' Jebat, anda boleh layan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Gempak.

BACA: Selepas 6 Tahun, Sharnaaz & Nelydia Muncul Lagi! Kali Ini Dalam Versi Filem Jebat

Jadi, tunggu apa lagi, jom tonton filem Jebat di Astro First saluran 480 hari ini!

Dengan pembelian hanya RM15, penonton berpeluang menonton berulang kali filem Jebat dalam tempoh 48 jam.

Bagi mendapatkan info terkini mengenai Jebat, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.