"Orang bertudung... kita hargai usaha murni untuk menutup aurat," demikian jawab pendakwah bebas dan pelakon PU Riz ketika diasak pertanyaan adakah Neelofa punyai ciri-ciri wanita idamannya.
Tambah PU Riz lagi, dia lebih memandang tinggi golongan wanita yang berusaha untuk menjaga aurat dan maruah tidak kira apa juga latar belakang keluarga dan kerjaya.
BACA: “Alhamdulillah, Lofa Dah Pakai Stokin” - Netizen Teruja Neelofa Mula Pakai Sarung Kaki, Tetap Stailo!
"Mana-mana wanita yang berusaha untuk menutup aurat dengan baik kita hargai. Kita tak mahu ada kontroversi apabila membuat kerja-kerja agama.
"Hubungan saya dan dia (Neelofa) atas dasar kerja. Saya sudah lama bekerjasama dengannya untuk beberapa program dan Alhamdulillah berjaya.
"Kita bekerja sahaja, pergi kemana-mana dengan dia pun untuk menyampaikan dakwah dan tidak membabitkan soal hati dan perasaan. Kita tengok ini satu usaha dakwah sahaja.
"Jadi saya tak rasa ada apa-apa yang pelik. Kita menyeru orang untuk buat benda baik bukan melalaikan...
"Maka sama-samalah doakan semua mendapat jodoh baik dan paling penting mengutamakan agama. Sesungguhnya agama akan membantu kita," jelasnya.
Kata bintang filem Ada Apa Dengan Dosa itu, dia tidak boleh menghalang atau menutup mulut mana-mana pihak untuk mengaitkannya dengan Neelofa.
"Kalau netizen nak cakap apa, saya tak ada kuasa nak kawal apa yang mereka nak perkatakan. Apa yang pasti saya buat untuk akhirat.
"Sebelum ini pun saya pernah bekerjasama dengan Lisa Surihani dan ramai lagi artis lain. Kita membantu sesama orang seni. Mana saya mampu saya nasihatkan, kalau tak saya minta orang lain tolong nasihatkan.
"Kalau boleh saya nak buat benda-benda maaruf sahaja dan mengingatkan kita tentang Allah," ujarnya.
Ditanya tentang status terkini dirinya, jawab PU Riz secara umum bukan caranya untuk bercinta sakan.
"Belum kahwin lagi... Girlfirend-girlfriend tak ada dalam agama. Kalau nak kenal dengan seseorang tiada masalah. Kita tak ada nak mengorat, bukan stail kita," tegasnya.
Sebelum ini timbul desas-desus mengatakan PU Riz menjalinkan hubungan rapat dengan personaliti popular Neelofa sejak Ramadan lalu.
Dalam perkembangan lain, filem lakonannya Ada Apa Dengan Dosa bakal ditayangkan di 70 pawagam seluruh negara bermula 10 September ini.
Amri Hassan
Tue Sep 08 2020
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.