Usahawan kosmetik Safiey Illias seakan memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Menerusi sebuah entri di Instagram (IG)nya, Safiey mengucapkan tahniah kepada pasangan sejoli aktres Mira Filzah dan Wan Emir Astar sekaligus berkongsi berita gembiranya.

"Tahniah Mira Filzah dah berkahwin. Tak lama lagi ratu akan menyusul pulak hahaha," tulisnya secara ringkas sebagai kapsyen.

Tahniah @mfmirafilzah dh berkahwen . Tak lama lagi ratu akan menyusul pulak hahaha .

A post shared by RATU SEMESTA ALAM (@safieyillias94) on


Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut tidak sabar menanti hari bahagia pelantun lagu Syinta Gila itu.

Malah, ada yang berpendapat majlis itu akan menjadi 'Wedding Of The Year'.



Walaubagaimanapun, Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Illias tidak mendedahkan siapa gerangan yang bakal menjadi pasangan hidupnya.

Terdahulu, Safiey menjadi tumpuan ramai orang selepas sering berkongsi tentang pembedahan yang dilakukannya kepada umum.

BACA: Safiey Nak Tukar Warna Mata Kepada 'Frost Gray'

BACA: Padah Buat Rawatan Estetik Tak Bertauliah, Muka Safiey Illias Bengkak Bernanah!