Program terbaru Astro Warna, ‘The Masked Singer Malaysia’ bakal menemui penonton mulai 18 September 2020 ini.

Bagi yang belum pernah menonton program realiti popular dari Korea Selatan ini, terdapat beberapa format yang perlu difahami kerana ia sama sekali berbeza.

Di sini, Gempak senaraikan lapan perkara yang anda perlu ambil tahu sebelum menonton:

1. Untuk lapan minggu berturut-turut, 12 selebriti akan membuat persembahan di mana mereka akan menyanyi sambil mengenakan kostum yang akan merahsiakan identiti mereka, bukan sahaja susuk fizikal, malah suara bercakap juga akan diubah.

2. Tahukah anda, identiti sebenar barisan peserta dirahsiakan dan tidak diketahui oleh semua yang terlibat dalam program ini termasuklah hos, barisan panel dan juga ratusan krew produksi dan staf. Hanya lapan orang sahaja yang diberi amanah untuk menyimpan rahsia identiti sebenar para peserta.

3. Sebelum setiap persembahan bermula, paparan video klu akan ditayangkan untuk memberi petunjuk bagi membantu barisan panel juri dan juga penonton untuk meneka dengan tepat.

4. Ketika persembahan peserta berlangsung, barisan juri akan memberi tumpuan ke pentas dan meneliti setiap aspek seperti gaya suara, karakter di pentas, gaya bahasa badan dan setiap pergerakan peserta untuk meneka siapakah identiti selebriti di sebalik topeng.

5. Selesainya setiap persembahan, pihak juri akan cuba untuk meneka siapakah selebriti di sebalik topeng tersebut.

6. Barisan juri juga akan memberi markah bagi setiap persembahan. Peserta yang menerima markah terendah akan disingkirkan pada minggu tersebut.

7. Selepas pengumuman penyingkiran dibuat diakhir rancangan, detik yang paling ditunggu-tunggu dan mendebarkan adalah saat peserta tersingkir menanggalkan topeng dan mendedahkan identiti misteri mereka buat pertama kali di hadapan hos, barisan juri, dan juga penonton.

8. Peserta yang identitinya tidak didedahkan sehingga berakhirnya episod kelapan merupakan juara program realiti The Masked Singer Malaysia musim pertama!

‘The Masked Singer Malaysia’ ialah sebuah pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri yang menampilkan para peserta yang terdiri daripada nama-nama hebat yang hadir dari pelbagai cabang seni.

Seramai sembilan orang figura yang hadir dari latar belakang berpengaruh dalam industri telah diberi penghormatan untuk menduduki kerusi juri tetap.

Mereka adalah Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Manakala, Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.

BACA: Bawa 'Hallyu Wave', Astro Warna Saji 'The Masked Singer Malaysia’ Untuk Penonton

BACA: "Bukan Gimik Hanya Sebahagian 'Teaser' ..." - Nabila Huda Beri Penjelasan Tentang Video Nangis Di Instagram


Di samping itu, SK Magic dan Oppo menjadi penaja utama untuk 'The Masked Singer Malaysia'.

Siapakah mereka di sebalik kostum ini? Mungkinkah mereka ini artis dan selebriti kegemaran anda?

Saksikan program yang bakal mencetuskan fenomena ini di Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam!

Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.