Filem Jebat yang menampilkan gandingan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose selaku teraju utama berjaya mencatatkan kutipan tayangan sebanyak RM2 juta.

Jumlah itu berjaya dikumpul hanya dalam tempoh 11 hari sahaja selepas ditayangan secara rasmi kepada umum bermula 3 September lalu.

Berita gembira itu dikongsikan Astro Shaw menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

"Alhamdulillah.. Hasil sokongan anda semua Jebat kini meraih RM2 juta dalam masa 11 hari tayangan! Terima kasih semua," tulisnya.

Alhamdulillah.. Hasil sokongan anda semua Jebat kini meraih RM 2 JUTA DALAM MASA 11 HARI TAYANGAN! Terima kasih semua! JEBAT KINI DI PAWAGAM RUMAH ANDA! Untuk melanggan sila ke Saluran 480, Astro First! Anda juga boleh menonton Bukan Kerana Aku Tak Cinta di gempak.com/video atau di On Demand! @penacreativepictures @khanmancung @nelydiasenrose @sharnaazahmad @peterhughdavis @rahhimo369 @carmen_soo @sangeeta_krishnasamy @theidriskhan @louisaalissachong . #Jebat #FilemJebat #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda #TeamJebat #TeamMastura

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


Sebelum ini, filem yang dibawakan oleh Astro Shaw itu berjaya mengumpul RM1.3 juta dalam tempoh empat hari tayangan.

BACA: Jebat Raih RM1.3 Juta Dalam Tempoh 4 Hari Tayangan, Memang Padu!

Filem Jebat merupakan karya arahan Jamal Khan yang diangkat menerusi drama bersiri popular Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

BACA: Selepas 6 Tahun, Sharnaaz & Nelydia Muncul Lagi! Kali Ini Dalam Versi Filem Jebat

Selain Sharnaaz dan Nelydia, filem tersebut turut menampilkan barisan pelakon berbakat, Peter Hugh Davis, Idris Khan, Sangeeta Krishnasamy, Louisa Chong dan Carmen Soo.

Dalam pada itu, bagi anda yang ingin mengambil 'mood' Jebat, boleh tonton 59 episod drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Gempak.

Jadi, jangan lupa saksikan Jebat di pawagam rumah anda di Astro First menerusi saluran 480.

Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menyaksikan filem Jebat berulang kali dalam tempoh 48 jam.

BACA: "Best! Dah 10 Kali Tengok!" - Ramai Suka Ulang Tonton Filem Jebat Berkali-Kali..Memang Layan!

Bagi mendapatkan info terkini mengenai Jebat, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

“Sumpah tak bosan, kelakar gileeee la?” Wahh meriah betul korang yang dah tengok filem Jebat ye.. Yang lain bila nak tengok? Jangan lupa share review korang pulak okay! JEBAT KINI DI PAWAGAM RUMAH ANDA! Untuk melanggan sila ke Saluran 480, Astro First! Anda juga boleh menonton Bukan Kerana Aku Tak Cinta di gempak.com/video atau di On Demand! @penacreativepictures @khanmancungr @nelydiasenrose @sharnaazahmad @peterhughdavis @rahhimo369 @carmen_soo @sangeeta_krishnasamy @theidriskhan @louisaalissachong . #Jebat #FilemJebat #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda #TeamJebat #TeamMastura

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on