Usahawan selebriti, Noor Nabila mendedahan dia ‘dihujani’ dengan pelbagai mesej daripada orang ramai yang bertanyakan mengenai isu penceraian.

Menurut Nabila, antara yang sering ditanyakan adalah bagaimana dia masih kuat untuk berdepan dengan bekas suami, Sharnaaz Ahmad.

“Bagi saya pertama sekali kita kena clearkan apa yang kita nak dalam hidup.

“Kalau anak keutamaan, kita fokuskan hal itu dan clearkan dengan bekas suami. Teruskan hidup jangan ada marah atau dendam.

“Tak bagus untuk kesihatan kita, hari-hari bangun emosi. Tak baik juga untuk anak-anak,” katanya.

Menurut Nabila lagi, selain bertanyakan mengenai halnya dengan Sharnaaz, orang ramai juga kerap bertanyakan bagaimana untuk melalui proses penceraian.

“Ramai DM (direct message) di Instagram tanya macam mana nak cerai. Nasihat saya janganlah cerai kalau benda tu sikit-sikit atau hal kecil.

“Tak payah lah, selesai dulu. Artis pun ada DM saya, if artis lagi lah jangan.

“Jangan datang mahkamah, benda ni akan jadi besar.

“Kalau kita buat keputusan drastik, benda ni memang tak boleh settle.

“Lagi satu jangan DM saya, boleh tanya peguam sebab saya tak boleh tolong,” katanya.

Nabila berkata demikian ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, hari ini.

Kehadiran Nabila serta Sharnaaz itu bertujuan memerterai satu persetujuan termasuklah kes berkaitan pembatalan kes nusyuz, hadanah (hak penjagaan) dan nafkah edah.

BACA: Kemelut Sharnaaz & Nabila Berakhir! Pemohonan Nusyuz Dibatalkan, Manakala Hak Penjagaan Anak Pula….