Sejak akhir-akhir ini bentuk badan Keith Foo yang semakin menyusut menjadi bualan pengikut di laman sosial Instagram (IG).
Apatah lagi perubahan ketara tersebut berlaku selepas pelakon Ariana Rose itu berpisah dengan bekas isterinya, Kim Raymond.
Ada di antara komen nakal mengandaikan perceraian terjadi hujung tahun lalu membuatkan Keith Foo hilang punca hingga tak lalu makan.
Ditanya mengenai perkara tersebut, Keith Foo dengan tegas menafikan perkara tersebut dan memberitahu badannya susut kerana mengamalkan gaya hidup sihat.
“Memang berat badan saya turun. Tapi bukanlah sebab bercerai… Kalau yang mengikuti saya di Instagram sebelum berpisah lagi saya dalam misi menguruskan badan.
“Benar macam-macam andaian mula kedengaran apabila saya berjaya menurunkan berat badan. Tapi saya sebenarnya mengamalkan gaya hidup sihat dan kurus bantuan produk makanan kesihatan, Cococurv.
“Tak lengkap hari saya tanpa bersenam di gim, berjoging dan memanjat gunung. Jadi saya imbangi pengambilan Cococurv dengan aktiviti berpeluh.
“Saya dah amalkan sejak enam bulan lalu dan produk ini memang membantu saya membakar lemak dengan lebih cepat lagi,” katanya.
Tambah Keith Foo lagi, tujuan dia menurunkan berat badan bukanlah kerana terdesak untuk nampak bagus dan hebat tetapi kerana kelangsungan dalam dunia seni.
“Pada tahap dan zaman sekarang, soal menjaga badan itu bukan semata mata nak nampak hebat dan cantik dalam gambar. Apatah lagi tunjuk bagus. Ia kini lebih kepada gaya hidup.
“Saya buat semua ini juga demi survival dan kelangsungan dalam dunia seni. Sekian lama menyepi saya juga mahu tampil segar bersaing dengan bakat baru dan sedia ada secara positif.
“Saya lakukan ini juga demi anak dan menambah kepercayaan terhadap diri,” katanya.
Pelakon kacukan India-Cina dengan nama penuh Foo Chuan Chin Ini memberitahu beratnya kini sudah mencecah sekitar 70 ke 73 kilogram, daripada 83 kilogram.
Ditanya mengenai comeback, Keith percaya tahun 2020 menjadi masa terbaik untuk kembali menyeri pentas seni.
“Selain anak mula membesar dan kian faham, saya pada mulanya menganggap angka 2020 sebagai detik terbaik meluncur kembali bakat.
Cuma tanpa diduga kita diuji pula dengan pandemik Covid 19. Namun semuanya sudah tertulis. Ujian berlaku membuka hikmah besar buat kita semua.
“Apa terjadi juga, saya tak ralat memulakan semula dari bawah. Suatu ketika dahulu sayalah hero. Tapi kini saya okey saja bertatih. Tawaran berlakon yang masuk saya ambil dulu. Saya tak memilih kerana mahu mengembalikan kepercayaan penerbit dan stesen TV.
“Ikutkan ada banyak tawaran yang datang. Cuma bila datang pandemik, banyak benda berubah termasuk tarikh penggambaran,” katanya.
Dalam pada itu, Keith Foo yang pernah lebih sedekad melebarkan sayap seni di Indonesia turut memaklumkan yang ada tawaran untuknya kembali ke sana.
“Ada beberapa tawaran yang saya terima dari sana termasuk daripada bekas pihak pengurusan. Cuma semuanya masih belum dapat dipastikan lagi. Apatah lagi dengan kesukaran untuk ke sana kerana larangan merentas negara dek pandemik berlaku.
“Tapi kalau stabil dan pulih semua nanti, saya tak keberatan untuk ke sana,” katanya.
Fiza Kamarudin
Fri Sep 18 2020
Sheriff: Ramai Terkejut Ada Kodi Rasheed, Netizen Rate 10 Bintang - “Lakonan Dia Memang Top Notch!”
Sekali keluar memang terus bagi impak, pergh!
Netizen Throwback Salah Laku Yang Pernah Dilakukan Aliff Aziz - “Ultimate Disgusting”
Pelbagai kisah lampau serta kontroversi yang melibatkan Aliff Aziz kembali dikongsi oleh netizen.
Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"
Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan Bella Astillah, Muaz Zabir tampil berkongsi beberapa petikan peribahasa di Instagramnya.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Shuk seronok video call | YES TUAN EP 2
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Pemergian Bapa Beri Impak Besar, Rasa 'Kosong' Antara Faktor Muncul Personaliti Berbeza Iqram Dinzly
Pelakon Iqram Dinzly, mengakui personaliti berbeza yang muncul dalam dirinya adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh pemergian bapanya Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, tidak menafikan tragedi yang menimpa dirinya telah memberi impak besar dalam kehidupannya. . “Bila ayah sakit kena strok tak boleh
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.