Tidak pernah terlintas dalam fikiran tiga orang pelajar akan terperangkap di kolej mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Lebih menggerunkan apabila semakin lama mereka berada di kolej, semakin banyak kejadian pelik yang berlaku.

Lebih mendebarkan apabila tiga sekawan ini telah diganggu dengan pelbagai kejadian misteri sehingga menimbukan satu insiden membuatkan mereka terasa seperti diperhatikan.

Kalau korang berani ke nak pergi kelas malam-malam masa PKP? . Nantikan Kelaster sebuah filem komedi seram akan datang mulai 24 September ini hanya di Astro First, Saluran 480, Di Pawagam Rumah Anda! . @azhan_rani @noradanish @acheykintangkintung @meerqeen @amyzaaznankaaia @ajiboy7 @d.alphalegacy . #Kelaster #FilemKelaster #Kelas_ter #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Dibintangi oleh Nora Danish, Achey, Merqeen, Amyza Aznan dan Azhan Rani, Kelaster merupakan filem komedi seram terbaharu yang akan ditayangkan pada September ini.

Menariknya lagi, filem ini merupakan penampilan ‘comeback’ Nora selepas dua tahun.

Jangan lupa saksikan Kelaster bermula 24 September 2020 di Astro First (saluran 480).