Pelakon dan usahawan, Syifa Melvin bersetuju panggilan 'bimbo' sering dikaitkan dengan perempuan yang mempunyai penampilan menarik.

Namun begitu, menurut Syifa atau nama sebenarnya, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 26, perkara terbabit tidak menjadi satu permasalahan.

"Wanita dengan penampilan cantik dan menarik dikaitkan dengan panggilan bimbo itu sudah biasa kita dengari. Kadang-kadang, ada yang buat perkara terbabit sebagai satu lawak jenaka.

"Bagi saya, ia tak menjadi masalah. Andai tidak tahu dalam sesuatu perkara, semua orang ada ruang dan peluang untuk belajar dan berubah menjadi individu yang lebih baik," katanya.

Habis je event 16.9 haritu, 17.9 Leaders semua serbu warehouse utk pickup stock sebab dah datang dari jauh, masa pre-order lain quantity masa pickup tiba-tiba tukar pulak Kuantiti tambah ribu-ribu box??? Lepastu, ada lagi mai repeat sebab stock anak team depa dah negative HAHAHAHAHAHA .. Alhamdulillah penangan Hijab Mata ni lain macam.. Tq So Much Leaders yg buat Kekasih ni sepenuh hati.. Nak join team kami? click link di Bio Syifa ya #TheMelvinsCircle

A post shared by SM (@syifamelvin) on


Syifa ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik maskara Hijab Mata Kekasih menerusi jenama Kekasih by The Melvins di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam, baru-baru ini.

Semakin sukses menonjolkan kredibiliti dalam dunia perniagaan, pelakon drama bersiri Bulan di Kota Langit ini merasakan hasil kejayaan mereka adalah kerana ikatan utuh antara adik beradik.

"Setakat ini, saya tidak pernah menerima kecaman secara langsung berkaitan bidang bisnes.

"Apa yang boleh saya kongsikan, perkara yang kami raih menerusi Kekasih by The Melvins ketika ini adalah satu ‘dendam’ terbaik.

"Semua ini sudah dibuktikan menerusi pelancaran ini. Sejujurnya, saya sangat terharu dan bersyukur atas sokongan ramai pihak yang turut bersama-sama mengembangkan empayar niaga kami," katanya lagi.

Terdahulu pada majlis berkenaan, The Melvins yang dianggotai oleh Syatilla, Syifa, Syida dan Syafiqa juga turut melancarkan 60 papan tanda iklan di seluruh negara bagi produk kecantikan tersebut.

Kekasih by The Melvins menawarkan beberapa pilihan produk kecantikan seperti krim bedak asas, matte bibir, pembayang mata serta pembayang pipi.

Alhamdulillah kejayaan milik bersama! Kekasih ditubuhkan memang utk berkongsi rezeki dan Alhamdulillah dan terbukti ramai yg berjaya dgn sales Jutaan ringgit,Kekasih utk mereka yg nak ubah hidup,bangun dari comfort zone.. We will fly higher and higher! Aim high Team!!! #TheMelvinsCircle ❤️❤️❤️

A post shared by SM (@syifamelvin) on