Aktres Puteri Sarah Liyana, 34, mendedahkan menerima kiriman mesej daripada peminat yang menginginkan dia mempertahankan mahligai yang dibina bersama pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.

Antara isi kandungan mesej adalah berharap agar pasangan selebriti itu mendapatkan nasihat dan bersabar menghadapi dugaan dalam rumah tangga.

"Salam Sarah. Saya suka tengok Sarah dan Syamsul dengan anak-anak. Saya harap Sarah dapat pertahankan rumah tangga.

"Dapatkan nasihat dari orang-orang yang positif. Ujian rumah tangga memang besar sebab syaitan pun tak suka bila tengok manusia berkasih sayang dengan halal kerana Allah.

"Maaf saya taktau apa yang berlaku tapi saya yakin Sarah dan Syamsul dapat hadapi segalanya dengan sabar. Stay strong okay!" tulisnya.

Menghargai sikap keprihatinan yang ditunjukkan, Sarah membalasnya dengan mengucapkan terima kasih.

"Memang banyak syaitan.. tapi terima kasih banyak atas keprihatinan anda. Sarah hargai sangat," balas pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.



Terdahulu, media melaporkan kelibat Puteri Sarah berjubah dan bertudung hitam menarik perhatian orang ramai yang kebetulan berada di kawasan pejabat agama itu.

BACA: Betulkah Dakwaan Puteri Sarah Liyana Ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak?

Malah, Puteri Sarah bersama ibu mentuanya dikatakan masuk ke bahagian undang-undang keluarga meskipun tidak dapat dipastikan tujuan sebenar kehadirannya itu .

Selain itu, di Instagram Syamsul juga kali terakhir dia memuat naik foto bersama isteri dan anak-anak pada Mei lalu, manakala, foto bersama Puteri Sarah pula kali terakhir pada November tahun lalu.

Pasangan Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.