Bintang Big Stage 2020 (BS2020) Farisha Iris terpaksa melupakan hasrat untuk mara ke konsert akhir BS2020 apabila namanya diumumkan tersingkir.

Pada konsert separuh akhir yang berlangsung dengan penuh meriah, Farisha membawakan dua lagu iaitu Semalam nyanyian asal Aina Abdul serta Ratusan Purnama hasil duet bersama Syamel.

Ini sekali gus menjadikan lima peserta lelaki yang bertanding layak ke konsert akhir BS2020. Mereka adalah Usop, Azzam Sham, Fadh Majid, Qody Rany dan Dinie Rashid.



Tahniah buat lima peserta yang akan bertanding di pentas Akhir BSB2020.

Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.

Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.

Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

BigStage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.