Selepas tular trailer daripada filem terbaharu Henry Golding berjudul Monsoon, reaksi peminat pelakon kelahiran Malaysia itu rata-ratanya terkejut.

Ada yang tidak menyangka Henry akan mengambil risiko untuk melakonkan watak lelaki homoseksual dan beradegan sensual sesama lelaki.

Malah, ada juga meluahkan kebimbangan terhadap hala tuju karier Henry apabila menerima tawaran watak tersebut.

Dalam trailer yang tular di YouTube, terdapat adegan panas menyaksikan Henry mencium dua pelakon lelaki filem tersebut, salah seorangnya ialah Parker Sawyers.


Sementara itu, mengulas mengenai peranannya menjayakan watak lelaki homoseksual, kata Henry dia pada mulanya ragu-ragu.

"Saya pernah menjadi penggaya rambut, jadi persekitaran bersama lelaki homoseksual tidak kekok bagi saya. Saya faham dan menghormati mereka," jelasnya.

Filem Monsoon pertama kali ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Karlovy Vary pada Jun tahun lalu yang mencetuskan pelbagai pandangan umum.



Monsoon yang diarahkan oleh Hong Khaou mengisahkan kehidupan Kit (Henry) yang kembali ke negara asalnya, Vietnam untuk mencari asal-usulnya.

Filem Monsoon telah mula ditayangkan di United Kingdom sejak 25 September lalu dan meraih rating yang membanggakan.