Bekas pengulas sukan legenda negara, Haji Zulkarnain Hassan meninggal dunia.

Berita sedih itu diterima Gempak sebentar tadi.

Zulkarnain dikenali sebagai pengulas sukan bola sepak lagenda antaranya menerusi perlawanan Kelayakan Pra-Olimpik pada tahun 1980.

Malah filem Ola Bola juga turut menginspirasikan kredibiliti Allahyarham dalam mengendalikan ulasan bernas menerusi watak yang dibawakan oleh Bront Palarae.

Allahyarham juga turut terkenal dan sinonim dengan ulasan “dapat kepada Hasan, masih lagi Hassan, cucuk Hassan, kembali James, peluang untuk James! James! Gol!”.
Sebagai tanda penghargaan, pihak MeleTOP juga pernah memberikan Anugerah Khas MeleTOP kepada beliau pada tahun 2016.

Anugerah itu disampaikan oleh kawan lama kepada Allahyarham Zulkarnain, pelakon lagenda Datuk Rahim Razali.

Salam takziah Gempak ucapkan kepada keluarga…