Penyanyi dan pelakon Yana Samsudin yang mengenakan kostum ABC tersingkir pada minggu ketiga pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri, The Masked Singer Malaysia.

Penyingkiran Yana, 36, menjadi tumpuan warganet apabila mereka telah meneka nama isteri pelakon Fadzil Zahari sejak minggu pertama lagi.

Menjengah di ruangan komen Instagram (IG) Astro Gempak, rata-ratanya gembira meraikan kemenangan apabila berjaya meneka dengan tepat.







The Masked Singer Malaysia juga menduduki tempat pertama apabila trending di laman Twitter.

Minggu ketiga menyaksikan Rajah Brooke mengungguli di tempat pertama dengan dendangan lagu Paku nyanyian asal Ara Johari.

Manakala, ABC pula terpaksa akur tersingkir apabila berada di kedudukan paling bawah dengan nyanyian lagu Aku Bidadari Syurgamu dendangan asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.

BACA: The Masked Singer Malaysia: ABC Tersingkir, Ini Kedudukan Peserta Beserta Markah Keseluruhan Minggu Ke-3!

Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak memainkan peranan sebagai juri tetap.

Di samping itu, Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.

Program 'The Masked Singer Malaysia' dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Elly Ariffin.

The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.

Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.