Bintang Big Stage 2020 (BS2020) Azzam Sham dinobatkan sebagai juara BS2020 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000.

Naib juara menjadi milik Usop manakala Qody Rany berada di tangga ketiga.

Dinie Rashid dan Fadh Majid pula masing-masing di kedudukan keempat dan kelima.

Pada konsert akhir yang berlangsung dengan penuh meriah, Azzam Sham membawakan dua lagu iaitu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza serta Granede.

Usop membawa pulang wang tunai RM50,000 dan Qody Rany menerima hadiah RM25,000.

#Gempaklive: congrats @azzam_sham , Juara Bigstage 2020, Naib Juara @usopofficial , @qodyranyy tempat ketiga, tempat keempat @dinierashid dan tempat kelima @fadhmajid ! Tahniah semua Finalis Bigstage 2020!!

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


Big Stage musim pertama menyaksikan penyanyi Sarah Suhairi menjadi juara manakala juara untuk musim kedua pula milik penyanyi berasal dari Korea Selatan iaitu Han Byul.

Big Stage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.