Pengacara dan pelawak terkenal Nabil Ahmad menjalani ujian saringan COVID-19 sebagai langkah awal pencegahan pandemik tersebut.

Menerusi laman sosial Instagram, Nabil berkongsi sebuah video ketika mengambil ujian saringan tersebut untuk tatapan umum.

“Memang muka swab test macam ni eh rupa dia? Kalau masuk news, shoot muka ni yang diorang highlight ni,” tulis Nabil di ruangan kapsyen.

Mmg muka swab test mcm ni eh rupa dia??Kalau masuk news, shoot muka ni yang dorang highlight ni.

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on


Menerusi perkongsian berdurasi 30 saat itu lagi, Nabil dilihat menahan kesakitan dan terbatuk ketika alat dimasukkan ke dalam hidungnya untuk mengambil sampel.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya mendoakan kesihatan Nabil dan keputusan ujian yang diperolehinya kelak negatif.

Malah, tidak kurang juga yang terhibur melihat aksi menahan sakit Nabil dengan wajah hampir tebersin.

“Haaa, sakit kan? Bayangkan kalau anak-anak kita buat swab test. Kesian anak-anak. Jadi, kita jaga kita ya,” komen seorang wargamaya.

“Sakit dia tu tak kelakar ye. Semoga semua urusan Nabil dipermudahkan,” kata seorang wargamaya.

“Hahaha sorry Nabil tapi ni memang lawak,” usik seorang wargamaya.

“Awat kami yang berair mata tengok,” tulis seorang wargamaya.

“Muka macam kena bersin singgah tu bang, jaga-jaga kang kejang,” pesan seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada warga Instagram.