Posting terbaru milik pelakon dan usahawan Aeril Zafrel di Instagram (IG) telah menarik perhatian wargamaya.

Aeril telah memuat naik foto bersama isterinya, Wawa Zainal beserta kapsyen meluahkan rasa syukur dikurniakan pasangan yang baik.

"Alhamdulillah dikurniakan seorang isteri yang sungguh memahami dan sanggup berjuang bersamaku dalam kehidupan di dunia ini.

"Seorang wanita yang bila diberinya rumah, dia akan memberi kehangatan dalam rumah itu.

"Jika memberinya beras, dia akan mengembalikan rezeki dan jika memberinya cinta, dia akan memberikan pengabdian seumur hidupnya," tulisnya.

Alhamdulillah dikurniakan seorang isteri yang sungguh memahami dan sanggup berjuang bersamaku dalam kehidupan di dunia ini.... Seorang wanita yang bila diberinya rumah, dia akan memberi kehangatan dalam rumah itu. Jika memberinya beras, dia akan mengembalikan rezeki dan Jika memberinya CINTA, dia akan memberikan pengabdian seumur hidupnya.

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on


Walaubagaimanapun, kereta mewah jenis Ford Mustang berwarna kuning yang berada di belakang pasangan itu menjadi topik di kalangan pengikut Aeril.

"@ameensyahir: Ni baru betul. Mustang kuning yang halal.

"@noonasophiaj: Alhamdulillah. Contoh selebriti yang baik mendapat hasil dari kerja keras yang bermula dari bawah dan bukan dengan bantuan scammer. Tidak ada jalan pintas untuk berjaya.

"@fazirulzlkfli: Sapa punya Mustang tu Abang Aeril?

"@kampung.bois: Cantik...kereta belakang.

"@haikallzawawi: Ayok ada Mustang. SPRM nampak nanti.

"@megat_khidir: Trauma tengok Mustang kuning tu.

"@fletcakery:SPRM. SPRM. Ada orang tunjuk mewah ni yang kuning tu. Bahaya," antara komen-komen usikan yang ditinggalkan.

Aeril dan Wawa, 28, mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012.

Pasangan sama cantik sama padan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa dan Aya Soffya.