Pemilik restoran makanan pokok.kl, Christine Bong tampil memberi penjelasan selepas penyanyi Sharifah Zarina dan anak perempuannya, Athalia Deena Buswani mendakwa servis perniagaannya tidak profesional.

Menurut Christine, apa yang didakwa oleh Zarina dan Athalia adalah fitnah kerana notis penutupan awal kedai sudah dimaklumkan di merata tempat.

Malah, Christine tidak teragak untuk mencari wakil peguam yang ingin mewakilinya bagi tindakan undang-undang.

"Jadi hari ini pokok.kl yang kita sayangi sedang 'diserang' oleh sekumpulan orang yang gagal melihat tanda-tanda penutupan awal kita yang ada di mana-mana.

"Mana-mana peguam mahu mengambil kes fitnah ini terhadap personaliti media sosial (Instafamous) bagi pihak kami?" tulisnya di Instagram Stories, semalam.



Sebelum ini, viral video TikTok Athalia meluahkan rasa marah dengan restoran tersebut kerana mendakwa tidak wajar dengan layanan yang telah diberikan kerana ia memalukan.

Mereka mendakwa mahu meraikan majlis ulang tahun di restoran tersebut namun setelah menunggu lama baru dimaklumkan lokasi yang dipilih ditutup awal kerana sudah ditempah untuk sebuah event lain.

BACA: Tak Puas Hati Dengan ‘Restoran Hipster’, Sharifah Zarina & Anak Tular Lagi!