Minggu pertama Gegar Vaganza 7 (GV7) menyaksikan pengacara Jihan Muse bergandingan dengan Datuk AC Mizal , menggantikan Nabil Ahmad.

Difahamkan Nabil tidak dapat hadir kerana kurang sihat dan memohon cuti rehat.

Nabil bagaimanapun meminta peminat GV7 tidak membuat sebarang spekulasi mengenai ketiadaannya hari ini.

“Saya sepatutnya hadir pada hari ini tetapi kesihatan tidak mengizinkan.

"Doakan saya kembali minggu hadapan, Insya Allah,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Nabil juga menafikan ketidak hadirannya pada malam ini ada kaitan dengan kes Covid 19.

"Tidak ada kena mengena dengan Covid 19," katanya yang sebelum ini sempat menjalani ujian saringan COVID-19 sebagai langkah awal pencegahan pandemik tersebut.

#GempakLive : Semoga cepat sembuh @nabilzira . Tengok GV dekat rumah okey! #GV7 #GegarVaganza7 #MaraSuaraMembara #gempak #astrogempak #NormaBaharu #DisiplinMalaysia #Kekaltenang

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


Bagaimanapun, kehadiran Datuk AC sebagai pengganti Nabil, tetap menggamatkan penonton di dalam dewan Pusat Konvensyen Putrajaya.

Minggu pertama GV7 turut menyaksikan 7 bekas juara program realiti ini bertindak sebagai juri jemputan sepanjang bersiaran.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Aplikasi Astro Go dan portal Gempak turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi untuk musim ini.

GV7 bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul Kapsul Gegar Vaganza.

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober dan siaran ulangan pukul 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program Gegar Vaganza Live Plus akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan GV7.

Istimewa untuk pelanggan NJOI, konsert minggu pertama GV7 juga bakal disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105).