Suami kepada usahawan kosmetik popular, Rita Sosilawati, Khamarulazlan Mohamad Hanafiah menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam.

Sekaligus, penganugerahan itu membuatkan Rita yang merupakan anak kepada jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya itu kini bergelar Datin.

Berita gembira itu dikongsikan Rita atau nama sebenarnya Erni Dekritawati Yuliana Buhari menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram semalam.

"Tahniah sayang di atas penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) Susaha senang bersama membuatkan kita lebih kuat daripada sebelum ini, saya sangat bangga dengan pencapaian kamu sayang,"

"Hari yang cukup bermakna, 11/10/2020, Ahad," tulisnya.

Tahniah sayang diatas penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) ups and down together makes us stronger than before... i’m so proud of your achievement sayang @khamarulkr ❤️ ❤️❤️

A post shared by Erni Dekritawati Yuliana (@rita_sosilawati) on


Rita turut memuat naik sebuah video yang memaparkan majlis istiadat penganugerahan tersebut.

A day to remember❤️ 11/10/2020 Sunday 9.45pm

A post shared by Erni Dekritawati Yuliana (@rita_sosilawati) on


Di ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

Bahkan, ada juga yang mula mengusiknya dengan panggilan sebagai Datin.





Rita merupakan anak sulung pengasas kosmetik Nouvelles Visages (NV), Sosilawati yang mati dibunuh dalam satu insiden pembunuhan terancang pada Ogos 2010.

Sebagai info, Sosilawati pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi rock, Nash pada 2006 sebelum berpisah pada Mei 2009.