Ketiadaan juri tetap Gegar Vaganza musim (GV) musim keenam, Hetty Koes Endang pada musim ini menjadi tanda tanya warganet yang merindui penghibur lagenda itu.

Malah, perkataan ‘tembak’ yang sinonim dengan Hetty atau lebih mesra dipanggil Ibu Hetty itu turut disebut pengacara GV, Jihan Muse ketika persembahan Ayu Damit.

“Ini kalau ada Ibu Hetty ini mesti dia komen ‘tembakkannya sampai ke mercu!” kata Jihan disambut sorakan penonton dalam dewan Pusat Konvensyen Putrajaya pada Ahad lepas.

Assalamualaikum kita harus selalu bersyukur,bersyukur dan bersyukur masih diberi kesehatan. Tetap Optimis ya sahabat 2 IG bunda..Happy Monday❤️❤️❤️

A post shared by Hetty Koes Endang (@hke57) on


Baru-baru ini media Singapura melaporkan penyanyi lagu Kasih itu menolak tawaran sebagai juri GV7 kerana pertembungan tarikh dengan majlis perkahwinan anaknya, Afifah Yusuf.

Menurut Ibu Hetty dia terpaksa menolak tawaran tersebut kerana GV7 memerlukan komitmen daripadanya sehingga hujung Disember 2020.

“Kita sudah berunding sekeluarga...GV sehingga hujung Disember. Kebetulan ada pernikahan anak bongsu ibu, Afifah, yang akan nikah 21 November ini.

“Pihak Astro memerlukannya saya untuk tinggal di Kuala Lumpur selama tiga bulan sekiranya bersetuju menjadi juri tetap GV sekali lagi.

“Kalau hanya ulang tahun Afi, ibu tinggalkan saja. Tapi kan ini seumur hidup untuk dia. Kan tanggungjawab seorang ibu kepada anak? Semua orang perlukan wang tetapi itu tidak segala-galanya untuk ibu,” katanya seperti dilaporkan portal Berita Mediacorp, Singapura.

Tgl 31Agustus 2020 Allah menitipkan mu pada mamah sebagai ibu mu yg mengandung 9 Bln 10 hari .Seorang bayi mungil ,cantiiq,wajahnya bulat seperti bulan . Allhamdulillah ya Allah aku menjaga nya hingga hari ini sehat . Bayi tsb sudah menjadi tumbuh dewasa . Afifah Qomariah Yusuf Usia 24thn. Happy Birthday anak ku❤️❤️❤️❤️❤️❤️

A post shared by Hetty Koes Endang (@hke57) on

Sementara itu Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal ketika dihubungi Gempak mengesahkan perkara tersebut.

“Memang betul kita ada tawarkan posisi juri GV7 kepada beliau, kerana mengikut perancangan awal peserta GV7 sepatutnya ada wakil bintang dari Indonesia dan Singapura.

“Tetapi disebabkan pandemik Covid-19, kita tangguhkan dahulu perancangan tersebut dan utamakan SOP oleh pihak berkuasa serta fokus kepada bintang di Malaysia sahaja untuk musim ini,” katanya.

Emarina juga tidak menolak kenyataan dilaporkan Berita Mediacorp mengenai cadangan Hetty untuk melakukan penjurian secara atas talian.

“Memang betul seperti yang dilaporkan dan ada cadangan mengenai perkara tersebut. Namun selepas memikirkan beberapa faktor kami dapati ia tidak praktikal untuk dilakukan.

“Contohnya seperti gangguan talian yang boleh menyebabkan kesukaran untuk mengadili persembahan peserta, jadi kita tak teruskan.

“Tetapi Insya Allah, jika semuanya kembali normal dan GV masih diteruskan pada musim hadapan, kita boleh membawa peserta dari Singapura dan Indonesia serta jemput Ibu Hetty sebagai juri,” katanya.

Minggu pertama GV7 menyaksikan juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim ditemani bekas-bekas juara GV sebagai juri jemputan.

Sementara itu Rozita Izlyn menjadi peserta yang memperolehi markah terendah dan Linda Nanuwil pula telah terpilih sebagai Bintang CUCKOO Healthy Home pertama GV7 yang membawa pulang Periuk Serbaguna Bertekanan Tinggi R06 yang bernilai RM1450.

GV 7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang dan siaran ulangan pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.