Ketiadaan hos Gegar Vaganza 7 (GV7), Nabil Ahmad di konsert pertama minggu lalu sedikit sebanyak memberikan impak buat penonton.

Lebih-lebih lagi sewaktu melihat Jihan mengendalikan GV7 secara berseorangan dan hanya ditemani oleh kad board ‘Nabil’ pada bahagian permulaan membuatkan penonton berasa janggal.

Namun kekosongan Nabil diisi oleh pengacara popular Datuk Ac Mizal yang semestinya berjaya menggalas tanggungjawab dengan begitu baik sehingga mendapat pujian ramai.


Bagaimanapun sudah pasti ketiadaan Nabil pastinya dirasai oleh penonton setia GV7 yang merindui gelagat dan usikannya terhadap juri tetap, Datuk Ramli Ms dan juga hos bersama, Jihan Muse.

Menerusi tinjauan di platform media sosial, Twitter, rata-ratanya menyuarakan keinginan untuk melihat Nabil kembali beraksi di konsert kedua GV7.Terdahulu, difahamkan Nabil tidak dapat hadir kerana kurang sihat dan memohon cuti rehat.

BACA: 7 Musim Bersiaran, Ini Pertama Kali Nabil Ahmad ‘Absent’ Konsert Pembukaan GV!

BACA: Corat-Coret GV7: Penutup Letop Kak Ani, Yantzen Terjatuh Dan Usikan Manja Datuk AC Mizal


Pada minggu pertama GV7, episod pembukaan itu turut menyaksikan 7 bekas juara program realiti ini bertindak sebagai juri jemputan sepanjang bersiaran.

BACA: GV7: Peserta Bottom 3 Tarik Nafas Lega, Jaga-Jaga...Mungkin Tersingkir Minggu Depan!

BACA: GV7: Noraniza Idris Paling Letop! Recap Dan Komen Juri Konsert Pertama




Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Aplikasi Astro Go dan portal Gempak turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi untuk musim ini.

GV7 bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul Kapsul Gegar Vaganza.

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober dan siaran ulangan pukul 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program Gegar Vaganza Live Plus akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan GV7.

Istimewa untuk pelanggan NJOI, konsert minggu pertama GV7 juga bakal disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105).